Analisis perundangan terhadap pelaksanaan akad hibah amanah dalam industri kewangan Islam di Malaysia
Instrumen hibah adalah satu konsep filantropi Islam yang merupakan pemberian kepada seseorang tanpa balasan. Daripada hibah berbentuk klasik ini, ianya telah diinovasikan menjadi produk hibah amanah; iaitu instrumen perancangan dan pengurusan harta di dalam industri kewangan Islam masa kini. Per...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22864/ http://journalarticle.ukm.my/22864/1/Akademika_93_3_13.pdf |
| Summary: | Instrumen hibah adalah satu konsep filantropi Islam yang merupakan pemberian kepada seseorang tanpa balasan.
Daripada hibah berbentuk klasik ini, ianya telah diinovasikan menjadi produk hibah amanah; iaitu instrumen
perancangan dan pengurusan harta di dalam industri kewangan Islam masa kini. Perundangan hibah di Malaysia
telah menetapkan bidang kuasa bagi mahkamah Syariah mendengar sebarang pertikaian mengenai hibah. Walaupun
akad hibah digandingkan bersama syarat secara amanah dalam dokumen deklarasi hibah, namun aspek hibah tersebut
terlebih dahulu akan diteliti dan disahkan oleh mahkamah Syariah sebagaimana akad hibah klasik. Disebabkan prinsip
duluan kehakiman tidak terpakai di mahkamah Syariah, ia mencetuskan kepelbagaian keputusan yang berbeza, yang
dilihat boleh membantutkan perkembangan pelaksanaan hibah amanah di negara ini. Sehubungan dengan itu, objektif
kajian ini adalah untuk menjelaskan cabaran perundangan dalam pelaksanaan akad hibah amanah di Malaysia. Kajian
perundangan ini berbentuk kualitatif menggunakan analisis deskriptif yang melibatkan pengambilan data kajian
menerusi pelbagai jurnal beserta sokongan dokumen perundangan seperti kes-kes yang diputuskan di mahkamah,
Perlembangaan Persekutuan, akta Parlimen, enakmen negeri-negeri, dan piawaian Bank Negara Malaysia. Ketiadaan
undang-undang hibah dalam bentuk statut bertulis mencetuskan polemik kepelbagaian pandangan dan keputusan dalam
kalangan hakim Syarie. Justeru, kajian ini memberi impak kepada kelestarian pelaksanaan produk hibah amanah
dalam komuniti dan industri kewangan Islam. Hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa suatu perundangan statut
hibah yang spesifik, holistik dan komprehensif perlu digubal oleh setiap negeri sebagai satu piawaian perundangan
khususnya bagi implimentasi akad hibah amanah. |
|---|