Model keluarga sejahtera daripada refleksi terhadap surah Al-Waqiah dan surah Ar-Rahman

Kadar perceraian dan disorganisasi keluarga yang tinggi menunjukkan keperluan segera kepada model yang syumul dan praktikal. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Keluarga Sejahtera berasaskan refleksi terhadap kehidupan penghuni syurga dalam Surah Al-Waqiah dan Surah Ar-...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Jamiah Manap
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22858/
http://journalarticle.ukm.my/22858/1/Akademika_93_3_7.pdf
Description
Summary:Kadar perceraian dan disorganisasi keluarga yang tinggi menunjukkan keperluan segera kepada model yang syumul dan praktikal. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Keluarga Sejahtera berasaskan refleksi terhadap kehidupan penghuni syurga dalam Surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman bagi mengukuhkan lagi institusi keluarga. Metodologi penyelidikan kualitatif dengan pendekatan Grounded Theory digunakan dalam kajian ini. Ia melibatkan analisis dokumen terhadap tafsiran Surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman dalam Tafsir Al Maraghiy, temuramah berstruktur terhadap 73 responden kursus Pembangunan Keluarga dan Wanita (SKPM2113) serta pengesahan model daripada 4 orang pakar. Hasilnya, Model Keluarga Sejahtera telah dibangunkan dengan enam dimensi utama, iaitu kebahagiaan, kualiti peribadi, komunikasi positif, kediaman sejahtera, serta keselamatan dan jaminan makanan. Kesemua pakar telah bersetuju dengan model yang dibangunkan. Manakala kajian deskriptif turut menyokong pandangan pakar. Impaknya, model ini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada garis panduan untuk membina dan mengukuhkan kesejahteraan dan kelestarian keluarga.