Dasar perlindungan terhadap mangsa pedofilia menurut undang-undang di Malaysia dan pengawalannya melalui program pencegahan

Ancaman pedofilia terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan. Pedofilia bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan masalah sosial yang turut dihadapi seluruh dunia. Masalah ini boleh memberi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat terutama kepada golongan kanak-kanak. Sehubungan itu, perlindungan te...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mardziyah Abdul Manaf
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22626/
http://journalarticle.ukm.my/22626/1/al%20hikmah%202.pdf
Description
Summary:Ancaman pedofilia terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan. Pedofilia bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan masalah sosial yang turut dihadapi seluruh dunia. Masalah ini boleh memberi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat terutama kepada golongan kanak-kanak. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak adalah satu aspek penting dan hendaklah diberikan keutamaan. Artikel ini bertujuan menganalisis Dasar Perlindungan Kanak-Kanak. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016 yang menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan, pihak kerajaan dan NGO telah melaksanakan program pencegahan dalam menangani kes pedofilia. Secara keseluruhannya, program-program sosial yang dianjurkan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat dan usaha ini dapat memantapkan lagi Dasar Perlindungan Kanak-kanak di Malayisa demi kepentingan bersama.