Isu dan cabaran ChatGPT terhadap pengajian Islam

Penggunaan ChatGPT merupakan satu aplikasi AI baru yang sedang berkembang dalam kalangan masyarakat. Kepintaran ChatGPT dirancang menyerupai kepintaran mirip bahasa manusia dan mampu memproses data-data teks terdahulu menjadikannya satu aplikasi yang mudah, pantas dan efisyen untuk dijadikan platf...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Adawiah Hosni, Mohd Farhan Md Ariffin, Hamdi Ishak
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22089/
http://journalarticle.ukm.my/22089/1/al%20turath%2012.pdf
Description
Summary:Penggunaan ChatGPT merupakan satu aplikasi AI baru yang sedang berkembang dalam kalangan masyarakat. Kepintaran ChatGPT dirancang menyerupai kepintaran mirip bahasa manusia dan mampu memproses data-data teks terdahulu menjadikannya satu aplikasi yang mudah, pantas dan efisyen untuk dijadikan platform rujukan. Kecanggihannya mengumpul dan menapis semua data yang terdapat dalam internet sangat membantu golongan agamawan, pelajar bidang Pengajian Islam serta masyarakat Islam mencari penyelesaian bagi suatu permasalahan agama. Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan pada aplikasi ChatGPT ini seperti mengulang-ulang maklumat yang umum, maklumat yang terhad dan maklumat yang tidak tepat. Tujuan utama artikel ini ditulis untuk membincangkan isu-isu dan cabaran Pengajian Islam di era perkembangan teknologi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Maklumat dikumpulkan dengan menganalisis isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam Pengajian Islam era Revolusi Industri 4.0 berdasarkan kepada literatur dan kajian-kajian yang telah dijalankan. Umumnya berdasarkan kajian-kajian lepas, ChatGPT memberi kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan seperti bidang industri, kesihatan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Dapatan kajian mendapati ChatGPT dan Cabaran Pengajian Islam melibatkan isu kredibiliti dan integriti ilmu Islam, isu plagiarisme dan penipuan serta isu ketanggungjawaban dan etika AI. Implikasi kajian menemukan penggunaan ChatGPT dan AI yang lain mestilah berlandaskan hukum syarak.