Sa‘id Hawwa (1935-1989): tokoh mufassir dan sufi haraki

Sa’id Hawwa antara tokoh pejuang dari Syria pasca kejatuhan khilafah Uthmaniyyah. Beliau ialah salah seorang dari pemimpin besar gerakan Ikhwan al-Muslimin disamping terkenal sebagai sosok yang lantang melawan kolonisasi penjajah serta ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam. Namun, kesibuk...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Adnin Azimi Shaki, Wan Nasyrudin Wan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/22083/
http://journalarticle.ukm.my/22083/1/al%20turath%203.pdf
Description
Summary:Sa’id Hawwa antara tokoh pejuang dari Syria pasca kejatuhan khilafah Uthmaniyyah. Beliau ialah salah seorang dari pemimpin besar gerakan Ikhwan al-Muslimin disamping terkenal sebagai sosok yang lantang melawan kolonisasi penjajah serta ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam. Namun, kesibukannya dengan gerakan ini seolah mengaburi sumbangan signifikan beliau dalam aspek keilmuan. Beliau ternyata seorang sarjana yang pakar dalam keilmuan agama. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menyerlahkan kepakaran beliau dalam ilmu khususnya menerusi bidang tafsir dan tasawuf. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang berbentuk analisis kandungan. Pengumpulan data diperolehi dari kandungan kitab, tesis dan artikel. Hasil kajian mendapati Sa’id Hawwa ialah seorang dari tokoh mufassir sekaligus ahli sufi yang aktif dalam gerakan harakah Islam. Sumbangan utama beliau dari gagasan dan teori kesatuan tema dalam al-Quran serta idea revivalisme dalam bidang tasawuf melayakkan beliau digelar sebagai mufassir serta sufi haraki dari period moden.