Kesediaan guru bahasa melayu di sekolah jenis kebangsaan cina dalam melaksanakan kajian pengajaran
Kajian Pengajaran merupakan salah satu aktiviti Komuniti Pembelajaran Profesional untuk meningkatkan amalan profesionalisme dan pengajaran guru di sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Peng...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit UKM
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/22017/ http://journalarticle.ukm.my/22017/1/JPBM_3.pdf |
| Summary: | Kajian Pengajaran merupakan salah satu aktiviti Komuniti Pembelajaran Profesional untuk meningkatkan amalan profesionalisme dan pengajaran guru di sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Pengajaran (Lesson Study). Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Seramai 113 orang guru Bahasa Melayu di 11 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang terdapat di zon Hulu Langat, Selangor telah dipilih sebagai responden kajian. Data bagi kajian ini dianalisis secara analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru dalam melaksanakan Kajian Pengajaran berada pada tahap yang sederhana. Berdasarkan analisis Korelasi Pearson, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan pemahaman dengan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Pengajaran di sekolah. Kajian ini mencadangkan supaya pelaksanaan Kajian Pengajaran diteruskan namun perlu usaha penambahbaikan supaya guru dapat meningkatkan tahap penggunaan inovasi tersebut sebagai medium utama pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. |
|---|