Pengetahuan, sikap & amalan pengguna media sosial ke atas gangguan seksual siber di Lembah Klang
Gangguan seksual siber adalah satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana dengan bantuan teknologi zaman sekarang, semua individu yang berada dalam talian berpontensi untuk menjadi mangsa kepada gangguan seksual siber tanpa mengira demografi seseorang. Lazimnya gang...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2023
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21979/ http://journalarticle.ukm.my/21979/1/Akademika_20.pdf |
| Summary: | Gangguan seksual siber adalah satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak
kerana dengan bantuan teknologi zaman sekarang, semua individu yang berada dalam talian
berpontensi untuk menjadi mangsa kepada gangguan seksual siber tanpa mengira demografi
seseorang. Lazimnya gangguan seksual siber bermula apabila pelaku memancing mangsa berbual
perkara berunsurkan lucah dan kotor. Jenayah ini boleh memberikan impak kepada mangsa dari
segi kesihatan mental. Menerima gangguan seksual siber boleh menjejaskan emosi mangsa kerana
rasa takut, risau dan trauma yang mungkin mendatangkan gangguan tekanan pasca trauma yang
selalunya terjadi selepas individu mengalami peristiwa yang traumatik. Pengetahuan pengguna
media sosial yang baik tentang kewujudan gangguan seksual siber ini mampu memberikan
pendedahan tentang isu ini kepada masyarakat umum. Selain itu, sikap serta amalan yang baik perlu
dipupuk dalam kalangan pengguna media sosial untuk menangani masalah gangguan ini. Justeru
kajian ini berobjektifkan untuk membincangkan pengetahuan, sikap dan amalan pengguna media
sosial terhadap isu gangguan seksual siber. Kajian ini berjaya menemu bual seramai 18 orang
pengguna media sosial secara berkumpulan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil
kajian menunjukkan bahawa para informan mempunyai pengetahuan yang baik tentang jenayah ini,
malah kaum lelaki juga sering menjadi mangsa gangguan seksual siber ini. Selain itu, dapatan juga
menunjukkan masyarakat harus mengelak sikap perbuatan menghukum lebih awal terhadap
seseorang terutamanya kepada mangsa gangguan seksual siber. Di samping itu, kajian juga
mendapati masyarakat perlu berani ke hadapan untuk membuat laporan kepada agensi yang
berkaitan agar pelaku mendapat pengajaran yang cukup dan masyarakat juga akan sedar tentang
kewujudan jenayah siber ini. |
|---|