Pendekatan Strategi Pemulihan (Turnaround Strategy) yang digunakan oleh pihak majikan semasa organisasi berhadapan situasi pandemik COVID-19 di Kota Kinabalu, Sabah

Pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap kelangsungan organisasi di mana sesetengah organisasi terpaksa menghentikan operasi perniagaan dan mengalami kerugian sehingga terpaksa melakukan pengurangan tenaga kerja. Prestasi organisasi dan keuntungan syarikat juga turut terjejas akibat pandemik COVID-1...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Aiman Danial Bin Abu Bakar, Kee Y. Sabariah Kee Mohd Yussof
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21845/
http://journalarticle.ukm.my/21845/1/61314%20210205%201%20PB%20Pendekatan%20Strategi%20Pemulihan%20Turnaround%20Strategy.pdf
Description
Summary:Pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap kelangsungan organisasi di mana sesetengah organisasi terpaksa menghentikan operasi perniagaan dan mengalami kerugian sehingga terpaksa melakukan pengurangan tenaga kerja. Prestasi organisasi dan keuntungan syarikat juga turut terjejas akibat pandemik COVID-19. Antara sektor yang terjejas adalah sektor pelancongan seperti industri perhotelan di Malaysia. Industri tersebut terpaksa menutup atau menghentikan operasi organisasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berdasarkan senario semasa, kertas kerja ini mengetengahkan Strategi Pemulihan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menemu-bual dua (2) orang Pengurus Sumber Manusia dalam industri perhotelan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa Strategi Pemulihan adalah strategi yang berkesan, bagi menstabilkan semula prestasi organisasi demi kelangsungan organisasi. Antara langkah-langkah yang diambil oleh organisasi adalah dengan melaksanakan Strategi Pemulihan (Turnaround strategy) iaitu pengurangan aset, penjimatan kos dan penjanaan hasil. Tindakan ini memberi kesan terhadap prestasi organisasi yang dinilai dari aspek komunikasi, produktiviti dan kepimpinan dalam organisasi. Kajian lepas oleh (Mann dan Byun, 2017) dan (Santana et al., 2017) menyatakan Strategi Pemulihan adalah berkesan untuk mengekalkan kelangsungan organisasi semasa pandemik COVID-19. Dapatan awal ini memerlukan penelitian aspek teoritikal, bagi melihat bagaimana hala tuju organisasi dalam mengamalkan Strategi Pemulihan, pengurangan tenaga kerja dan impaknya terhadap prestasi sesebuah organisasi semasa berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19.