Pengaruh perubahan iklim terhadap komuniti orang asal di Malaysia: tinjauan literatur

Perubahan iklim merupakan salah satu cabaran bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Kemusnahan alam semula jadi semakin rancak akibat daripada fenomena perubahan iklim yang ekstrem. Orang asli tidak asing dengan persekitaran semula jadi sehingga digelar sebagai komuniti yang lebih memaham...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rabeah Adawiyah Baharudin, Nurul Izzati Mohd Ali, Aza Reena Idros
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21822/
http://journalarticle.ukm.my/21822/1/63008%20210224%201%20PB%20Pengaruh%20Perubahan%20Iklim.pdf
Description
Summary:Perubahan iklim merupakan salah satu cabaran bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs). Kemusnahan alam semula jadi semakin rancak akibat daripada fenomena perubahan iklim yang ekstrem. Orang asli tidak asing dengan persekitaran semula jadi sehingga digelar sebagai komuniti yang lebih memahami adaptasi perubahan iklim. Walaupun komuniti ini tidak banyak menyumbang kepada kesan rumah hijau, kesan perubahan iklim ini menjadi cabaran kepada mereka untuk bertindak dengan mengekalkan tradisi pemeliharaan persekitaran mereka. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau literatur berkenaan pengaruh perubahan iklim terhadap komuniti Orang Asli di Malaysia. Hasil tinjauan literatur mendapati kemudahterancaman perubahan iklim merangkumi aspek bencana alam, kemerosotan sumber biodiverisiti dan kehilangan sumber ekonomi mereka. Justeru, penulisan ini membentangkan pendekatan holistik komuniti Orang Asli dalam menghadapi perubahan iklim. Penulisan ini memberikan input kepada penggubal dasar untuk memasukkan pandangan pihak berkepentingan daripada wakil Orang Asli untuk menangani keperluan mereka dan menerima pakai pendekatan yang seimbang antara strategi adaptasi perubahan iklim.