Pelaksanaan haji dalam kalangan masyarakat melayu satu analisis teks Tuhfat Al-Nafis
Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan bagi mereka yang mampu dan ibadah ini juga selari dengan amalan masyarakat Melayu sejak awal menerima pengaruh Islam. Pengalaman peribadi seseorang dalam melaksanakan rukun Islam yang kelima ini adalah berbeza antara satu sama lain. Cata...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Institut Kajian Rantau Asia Barat
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21809/ http://journalarticle.ukm.my/21809/1/60276-199757-1-SM.pdf |
| Summary: | Ibadah haji merupakan rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan bagi mereka yang mampu dan ibadah ini juga selari dengan amalan masyarakat Melayu sejak awal menerima pengaruh Islam. Pengalaman peribadi seseorang dalam melaksanakan rukun Islam yang kelima ini adalah berbeza antara satu sama lain. Catatan mengenai sejarah pelaksanaan haji dalam kalangan orang Melayu tidak banyak dilakukan. Sehingga kini tiada sumber yang menceritakan dengan jelas siapakah orang Melayu pertama yang pergi menunaikan haji. Kajian terhadap naskah Melayu sangat penting untuk melihat sejarah pelaksanaan haji dilakukan. Artikel ini memilih teks Tuhfat al-Nafis yang merupakan teks yang ditulis sekitar tahun 1866-1872M sebagai bahan kajian. Teks ini menyebut mengenai perjalanan dua tokoh bangsawan Riau iaitu Raja Ahmad dan Raja Ali Haji dalam melaksanakan haji. Selain itu artikel ini menjelaskan perjalanan haji Raja Ahmad dan rombongan ke tanah suci serta pengalaman dalam pelaksanaan ibadah haji tersebut. Selain itu, artikel ini juga menitikberatkan tentang catatan di Kota Makkah dalam penglibatan masyarakat Melayu dalam Pendidikan, politik dan sosial. Justeru didapati bahawa pengalaman peribadi dalam melaksanakan haji dan peristiwa yang dilalui semasa pelaksanaan tersebut menjadi input yang bernilai dalam sejarah pelaksanaan haji dalam kalangan orang Melayu. |
|---|