Mengenalpasti kepelbagaian spesies hidupan akuatik menggunakan analisis taksonomi di Tasik Ghazali, UKM

Kajian mengenai kepelbagaian hidupan akuatik air tawar adalah penting untuk memelihara dan memulihara ekosistem mereka. Pelbagai pembangunan infrastruktur telah dijalankan di sekitar kawasan UKM sejak kebelakangan tahun ini boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem dan kawasan persekitaran tersebut....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ee, Leng Ng, Norfarhan Mohd Assaad, Herryawan Ryadi Eziwar Dyari, Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21707/
http://journalarticle.ukm.my/21707/1/ML%2017.pdf
Description
Summary:Kajian mengenai kepelbagaian hidupan akuatik air tawar adalah penting untuk memelihara dan memulihara ekosistem mereka. Pelbagai pembangunan infrastruktur telah dijalankan di sekitar kawasan UKM sejak kebelakangan tahun ini boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem dan kawasan persekitaran tersebut. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti taburan hidupan akuatik di Tasik Ghazali, UKM yang ditangkap menggunakan tiga alatan tangkapan ikan aktif dan pasif. Sebanyak 1,268 sampel hidupan akuatik air tawar berjaya dikumpulkan pada lima aktiviti persampelan yang berbeza. Hasil pencerapan morfologi mengkategorikan hasil tangkapan ini kepada lapan spesies iaitu Poecilia reticulata, Gambusia affinis, Puntius sp., Betta pugnax, Clarias batrachus, Macrobrachium lanchesteri, Macrobrachium malayanum dan Gyraulus sp. Daripada jumlah ini, spesies ikan yang paling banyak ditangkap adalah Puntius sp.(464) manakala Clarias batrachus merupakan spesies ikan yang paling kurang ditangkap (7). Akhir sekali, jumlah tangkapan hidupan akuatik lain adalah Macrobrachium sp. (294) dan Gyraulus sp. (7).