Asas pendidikan Islam menurut pemikiran Sadid al-Din Muhammad Al-Kashghari (m.705/1305): satu kajian terhadap Talibah al-Talabah Fi Tariq al- ‘Ilm Li Man Talabah

Terdapat pelbagai buku dan karya pendidikan dihasilkan sepanjang sejarah Islam. Hal ini membuktikan perhatian serius para sarjana terhadap bidang tersebut. Karya-karya tentang ilmu, adab dan pendidikan Islam seterusnya menjadi sumber rujukan kepada pelaksanaan sistem pendidikan Islam sepanjang zaman...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd Anuar Bin Mamat
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21670/
http://journalarticle.ukm.my/21670/1/Asas%20Pendidikan%20Islam%20Menurut%20Pemikiran%20Sad%C4%ABd%20Al-D%C4%ABn%20Mu%E1%B8%A5ammad%20Al-Kashgh%C4%81ri%20---.pdf
Description
Summary:Terdapat pelbagai buku dan karya pendidikan dihasilkan sepanjang sejarah Islam. Hal ini membuktikan perhatian serius para sarjana terhadap bidang tersebut. Karya-karya tentang ilmu, adab dan pendidikan Islam seterusnya menjadi sumber rujukan kepada pelaksanaan sistem pendidikan Islam sepanjang zaman. Oleh yang demikian, artikel ini akan membincangkan salah satu kitab yang amat penting dan belum didedahkan dengan sebaiknya bertajuk Ṭalibah al-Ṭalabah fī Ṭarīq al-‘Ilm li Man Ṭalabah. Setakat ini, manuskrip ini belum dikaji dan diperkenalkan kepada khalayak pembaca termasuklah perihal kodikologi, sejarah, kepengarangan dan juga kandungan berkait tema pendidikan. Begitu juga perihal pengarangnya Sadīd al-Dīn Muḥammad al-Kashgarī, maklumat terhadap latar belakang beliau adalah terhad sedangkan pemikiran dan sumbangan beliau didapati bukan sahaja berkembang di Kashgar, malah terdapat pengaruhnya di Mekah, Yaman dan juga alam Melayu. Oleh itu, artikel ini mengemukakan latar biografi pengarang dan juga beberapa asas pendidikan Islam menurut beliau dalam kitab Ṭalibah al-Ṭalabah fī Ṭarīq al-‘Ilm li Man Ṭalabah berdasarkan kaedah analisis kandungan. Dua tema utama dikemukakan, iaitu mengenai matlamat dan tujuan belajar serta konsep ilmu dan kurikulum pendidikan Islam. Kajian mendapati dalam kedua-dua aspek tersebut pemikiran beliau selaras dengan tokoh pendidikan Islam sebelumnya, khususnya al-Zarnūjī dan al-Ghazālī. Diharapkan dengan kajian ini pemikiran dan karya al-Kashgarī ini dapat diperkenalkan seterusnya membawa kepada banyak kajian lanjutan berkaitan topik ini.