Penguatkuasaan dasar monopoli kerajaan oleh British dan kesannya terhadap perdagangan candu di Selangor, 1911-1941

Artikel ini memfokuskan mengenai penguatkuasaan Dasar Monopoli Kerajaan oleh British terhadap perdagangan candu di Selangor dari tahun 1911 hingga 1941. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan senario perdagangan candu di Selangor setelah British melaksanakan Dasar Monopoli Kerajaan ba...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Azrin Mohammed Mohayaddin, Adnan Jusoh
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21651/
http://journalarticle.ukm.my/21651/1/Arkeologi%202.pdf
Description
Summary:Artikel ini memfokuskan mengenai penguatkuasaan Dasar Monopoli Kerajaan oleh British terhadap perdagangan candu di Selangor dari tahun 1911 hingga 1941. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan senario perdagangan candu di Selangor setelah British melaksanakan Dasar Monopoli Kerajaan bagi menggantikan Sistem Pajakan Hasil yang selama ini diamalkan. Di samping itu, penulisan ini juga turut membincangkan kesan Dasar Monopoli Kerajaan yang dikuatkuasakan oleh British dalam perdagangan candu terhadap sektor ekonomi negeri Selangor sepanjang tempoh tersebut. Kaedah kualitatif digunakan untuk menghasilkan artikel ini dengan menganalisis sumber primer seperti fail-fail kerajaan dan dokumen. Manakala sumber sekunder pula adalah dengan merujuk buku, artikel dan laman sesawang. Hasil kajian mendapati terdapat banyak pembaharuan yang dilakukan oleh British namun kesemuanya mengambil kira kepentingan pihak mereka sahaja tanpa mengira kesannya terhadap masyarakat tempatan. Menerusi dasar ini, pihak British mengawal keseluruhan proses perdagangan candu termasuklah proses import hingga kepada pemberian lesen jualan kepada peniaga. Selain itu, mereka turut mampu mengawal kegiatan candu yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum Cina. Bukan itu sahaja, pihak British turut berjaya memperoleh pendapatan yang tinggi kesan daripada dasar yang diperkenalkan yang tidak pernah mereka peroleh sebelum ini. Namun British akhirnya akur, kemelesetan ekonomi dunia dan penurunan terhadap permintaan bijih timah turut menyebabkan permintaan candu juga mengalami penurunan yang mendadak dan akhirnya dikeluarkan daripada bajet Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini berterusan sehinggalah tahun 1943 sebelum British memutuskan pengharaman candu secara total.