Analisis estetika penerbitan kandungan kreatif video media sosial: kajian terhadap Instagram Khairulaming

Kehadiran pelbagai laman media sosial merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kemunculan pempengaruh terutamanya melibatkan media sosial yang bercirikan penghasilan dan perkongsian video pendek kreatif seperti di Instagram. Pempengaruh merupakan pihak ketiga yang bergerak bebas dalam memb...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Zafran Anas Ahmad Nor Khushairi, Hasrul Hashim, Nurul Akqmie Badrul Hisham
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21572/
http://journalarticle.ukm.my/21572/1/Jk_15.pdf
Description
Summary:Kehadiran pelbagai laman media sosial merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kemunculan pempengaruh terutamanya melibatkan media sosial yang bercirikan penghasilan dan perkongsian video pendek kreatif seperti di Instagram. Pempengaruh merupakan pihak ketiga yang bergerak bebas dalam membentuk dan mengumpulkan khalayak melalui penghasilan kandungan kreatif terutamanya melalui media sosial. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kandungan kreatif merupakan nadi utama di dalam sesebuah media sosial dan boleh digunakan oleh seseorang pempengaruh untuk penjenamaan peribadi. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meneroka dan menganalisis aspek estetik penerbitan kandungan kreatif yang membentuk penjenamaan diri pempengaruh Khairulaming. Hal ini adalah kerana terdapat perkaitan yang sinergi di antara estetika penerbitan kandungan kreatif dan aspek penjenamaan pempengaruh. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis kandungan 48 buah video di Instagram Khairulaming dan juga temubual kumpulan fokus yang terdiri daripada pengikut akaun Instagram berkenaan. Analisis dilakukan berdasarkan kepada lima prinsip estetika penerbitan media iaitu estetika dimensi pertama (pencahayaan dan warna), estetika dimensi kedua (komposisi dan daya), estetika dimensi ketiga (elemen tambahan), estetika dimensi keempat (masa dan pergerakan) dan juga estetika dimensi kelima (audio). Hasil kajian menunjukkan, penerbitan video kandungan kreatif oleh pempengaruh yang mematuhi kelima-lima prinsip ini dapat membantu di dalam aspek penjenamaan diri seseorang pempengaruh. Di samping itu juga, pematuhan terhadap prinsip estetika ini juga turut memberikan impak terhadap persepsi pengikut serta pengalaman penontonan mereka.