Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen mediasi pengasuhan dan gaya keibubapaan terhadap pengasuhan digital

Artikel ini membincangkan mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk tujuan penilaian soal selidik kajian. Kesemua item dibina berdasarkan teori dan tinjauan literatur yang telah diperolehi dari dalam dan luar negara. Hasil kajian ini telah menghasilkan tujuh dimensi penting dalam melaksa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Dayangku Egawaty Awang Yusof, Chang, Peng Kee, Mohd Azul Mohamad Salleh, Chan, Rachel Suet Kay
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21565/
http://journalarticle.ukm.my/21565/1/Jk_8.pdf
Description
Summary:Artikel ini membincangkan mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk tujuan penilaian soal selidik kajian. Kesemua item dibina berdasarkan teori dan tinjauan literatur yang telah diperolehi dari dalam dan luar negara. Hasil kajian ini telah menghasilkan tujuh dimensi penting dalam melaksanakan pengasuhan digital ke atas perkembangan kanak-kanak menerusi dimensi mediasi aktif, mediasi sekatan, penggunaan bersama, membimbing, autoritarian, autoritatif dan permisif. Seramai tiga orang pakar telah terlibat sebagai penilai kesahan luaran, kesahan muka, dan kesahan kandungan. Hasil kebolehpercayaan instrumen kajian ini diukur dengan menggunakan kaedah ketekalan dalaman Cronbach’s Alpha yang berada antara 0.7 dan 0.9. Manakala, kaedah pengukuran kuantitatif menerusi analisis awal dilakukan dengan menggunakan ujian Kaiser-Mayer Olkin (KMO) dan Bartlett’s Test of Sphericity bagi menilai item-item tersebut sama ada perlu dikekalkan atau digugurkan. Pendekatan ini membenarkan penyingkiran item yang tidak mengikut syarat diagnosis yang telah dilakukan. Hasil analisis terakhir menunjukkan bahawa sebanyak 8 daripada 70 item telah digugurkan dan item selebihnya iaitu 62 item dikenal pasti sesuai untuk digunakan bagi mengukur dua konstruk iaitu mediasi pengasuhan dan gaya keibubapaan terhadap pengasuhan digital. Kajian rintis pula telah dilaksanakan terhadap 38 orang responden. Mereka terdiri daripada ibu bapa yang mempunyai anak seawal usia enam bulan hingga lima tahun di Taska dan Tadika Al-Fateh Sinar Genius, Putrajaya. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua item yang dibina telah memenuhi ciri-ciri pengukuran sesebuah instrumen dan boleh digunakan sebagai alat untuk mengukur dalam pelaksanaan mediasi pengasuhan dan gaya keibubapaan terhadap pengasuhan digital ke atas perkembangan kanak-kanak.