Pandemik Covid-19, norma baharu dan cabaran wartawan berita kesihatan di Malaysia

Pandemik Covid-19 telah mengubah rutin kehidupan manusia kepada suatu norma yang baharu. Perubahan tersebut mencetuskan pelbagai implikasi dan perselisihan pandangan dari sudut agama, sosial, peradaban, profesionalisme, dan hak asasi sejagat. Industri media dan kerjaya kewartawanan tidak terkecuali...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rohana Amdan, Fadli Abdullah, Md Azalanshah Md Syed
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21559/
http://journalarticle.ukm.my/21559/1/Jk_3.pdf
Description
Summary:Pandemik Covid-19 telah mengubah rutin kehidupan manusia kepada suatu norma yang baharu. Perubahan tersebut mencetuskan pelbagai implikasi dan perselisihan pandangan dari sudut agama, sosial, peradaban, profesionalisme, dan hak asasi sejagat. Industri media dan kerjaya kewartawanan tidak terkecuali malahan turut menerima tempias kekangan ekonomi, pengurangan kakitangan sehingga membawa kepada penutupan agensi berita. Pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu yang diperkenalkan telah disesuaikan dengan norma semasa yang akhirnya membawa kepada perubahan bilik berita dan rutin kerja wartawan. Kajian ini berbentuk penerokaan yang meneliti kerjaya wartawan berita kesihatan di Malaysia menyesuaikan aspek profesionalisme, norma kerja dan teknologi mereka ketika bertugas dalam situasi pandemik. Berdasarkan temu bual mendalam dengan wartawan, sub-editor dan editor berita kesihatan dari pelbagai agensi berita, kajian ini mendapati bahawa mereka mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dan keadaan semasa serta menanam norma fleksibiliti tanpa membelakangkan etika profesional. Dalam masa yang singkat, wartawan berita kesihatan dilihat mampu untuk bertindak dengan mengatur kerja secara jarak jauh atau dari rumah, perjumpaan dengan sumber berita secara dalam talian dan memperkukuhkan struktur bilik berita digital menerusi komunikasi maya dan aplikasi media sosial. Wartawan berita kesihatan di Malaysia juga dilihat mempunyai aspirasi dan jati diri yang tinggi dalam kerjaya mereka dengan meletakkan keutamaan kepada tanggungjawab sosial berbanding kebimbangan peribadi terhadap virus Covid-19.