Faktor-faktor penentu dan kecenderungan kepada kemalangan di tempat kerja dalam kalangan Pasukan Narkotik Polis Diraja Malaysia

Kajian ini adalah bertujuan mengkaji faktor penentu dan kecenderungan kepada kemalangan di tempat kerja dalam kalangan pasukan narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Maka kajian ini dilaksanakan dengan tujuan mengenalpasti faktor yang menentukan dan kecenderungan kepada kemalangan yang melibatkan pa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zaimi Zainuri, Rusyda Helma Mohd
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21514/
http://journalarticle.ukm.my/21514/1/Faktor%20Faktor%20Penentu%20dan%20Kecenderungan%20Kepada%20Kemalangan%20di%20Tempat%20Kerja%20dalam%20kalangan%20Pasukan%20Narkotik.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan mengkaji faktor penentu dan kecenderungan kepada kemalangan di tempat kerja dalam kalangan pasukan narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Maka kajian ini dilaksanakan dengan tujuan mengenalpasti faktor yang menentukan dan kecenderungan kepada kemalangan yang melibatkan pasukan narkotik PDRM. Metodologi kajian secara kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrumen kajian telah dijalankan ke atas seramai 259 orang responden yang terdiri daripada kalangan pegawai dan anggota narkotik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Berdasarkan kepada hasil kajian yangdiperoleh, tahap kecenderungan kepada kemalangan di tempat kerja dalam kalangan pasukan narkotik PDRM adalah di tahap tinggi. Faktor tingkah laku adalah dominan dalam kecenderungan kepada kemalangan di tempat kerja. Program Latihan perlu disediakan dan dikendalikan oleh mereka yang mahir dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jabatan khas berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu diwujudkan di peringkat dalaman PDRM bagi memastikan tahap keselamatan dan professional yang tinggi dalam pasukan PDRM.