Penderaan emosi terhadap kanak-kanak dari sudut perundangan

Kanak-kanak merupakan modal insan yang signifikan terhadap sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan perlu diberi keutamaan. Malaysia telah digemparkan dengan kes-kes penderaan ya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zamre Mohd Zahir, Nik Ahmad Aiman Hakimi Hasmadi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21374/
http://journalarticle.ukm.my/21374/1/UU%202.pdf
Description
Summary:Kanak-kanak merupakan modal insan yang signifikan terhadap sesebuah negara. Oleh hal yang demikian, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan perlu diberi keutamaan. Malaysia telah digemparkan dengan kes-kes penderaan yang telah berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan dan sehingga suku tahun pertama 2021, sebanyak 2,040 kes penderaan telah direkodkan dilaporkan. Terdapat empat keadaan penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak iaitu penderaan fizikal, pengabaian, seksual dan emosi. Berbeza dengan penderaan yang boleh dilihat kesannya secara pandangan mata kasar, penderaan emosi ini dilihat seakan-akan tidak diambil berat oleh setiap masyarakat. Objektif penulisan ini adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah penderaan emosi terhadap kanak-kanak berlaku. Objektif kedua adalah untuk menganalisis statistik kes-kes yang menyentuh isu penderaan emosi kanak-kanak. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menyoroti literatur dari dalam dan luar negara berpandukan sumber primer dan sekunder yang membincangkan isu penderaan terhadap kanak-kanak. Hasil dapatan daripada penulisan ini menunjukkan wujud peningkatan kes penderaan secara umum serta khusus kepada penderaan emosi terhadap kanak-kanak dari selain wujud keperluan agar penguatkuasaan undang-undang diperketatkan agar masalah penderaan emosi kanak-kanak dapat dibendung. Kesimpulannya, hasil daripada penulisan ini akan memberikan pendedahan tentang bagaimana statistik kes-kes penderaan kanak-kanak berfungsi sebagai kayu ukur agar pihak kerajaan, penguatkuasa dan masyarakatnya dapat membendung masalah penderaan kanak-kanak daripada terus meningkat terutamanya dalam konteks penderaan emosi semasa pandemik COVID-19. Selanjutnya, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketatkan dengan berkesan dan holistik.