Aplikasi Model Altman untuk meramal kejadian kemungkiran sukuk di pasaran sukuk Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti indikator kewangan terbaik bagi meramal kejadian kemungkiran sukuk di Malaysia bagi tempoh 2000 hingga 2010 menggunakan Model Altman. Demikian mampu memberi pemahaman jelas dan spesifik berkaitan kejadian kemungkiran sukuk apabila indikator kewangan terbaik...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21348/ http://journalarticle.ukm.my/21348/1/Aplikasi%20Model%20Altman%20untuk%20Meramal%20Kejadian%20Kemungkiran%20Sukuk%20di%20Pasaran.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti indikator kewangan terbaik bagi meramal kejadian kemungkiran sukuk di Malaysia bagi tempoh 2000 hingga 2010 menggunakan Model Altman. Demikian mampu memberi pemahaman jelas dan spesifik berkaitan kejadian kemungkiran sukuk apabila indikator kewangan terbaik dapat mengklasifikasi kes kemungkiran menggunakan data sebenar syarikat penerbit. Kajian ini menggunakan kaedah Analisis Diskriminasi Berganda berdasarkan data kewangan 24 buah syarikat penerbit sukuk bagi tempoh 2000 sehingga 2010. Hasil kajian menunjukkan bahawa kos agensi sebagai salah satu indikator kewangan penting yang mampu meramal kejadian kemungkiran sukuk. Kajian ini juga menemui bukti kewujudan masalah kos agensi dalam kalangan penerbit sukuk yang mungkir di Malaysia. Sumbangan kajian ini menjurus kepada keboleh ramalan kejadian kemungkiran sukuk menggunakan Model Altman yang tidak pernah diuji dalam kajian terdahulu. Keboleh ramalan kejadian kemungkiran sukuk dapat membantu menambah baik pengurusan risiko kredit dan seterusnya dapat menarik lebih ramai pelabur dalam pasaran sukuk Malaysia. |
|---|