Kajian terhadap ruang interstisial dan pendekatan pembangunannya dalam konteks pembandaran
Dalam menghadapi proses urbanisasi, pertumbuhan penduduk, peningkatan keperluan penduduk dan perubahan gaya hidup yang moden, pembangunan infrastruktur di pusat-pusat bandar di seluruh dunia turut berkembang pesat. Perkembangan dalam membangunkan ruang bandar ini ada antaranya yang bersifat tidak di...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21298/ http://journalarticle.ukm.my/21298/1/JKsi_1.pdf |
| Summary: | Dalam menghadapi proses urbanisasi, pertumbuhan penduduk, peningkatan keperluan penduduk dan perubahan gaya hidup yang moden, pembangunan infrastruktur di pusat-pusat bandar di seluruh dunia turut berkembang pesat. Perkembangan dalam membangunkan ruang bandar ini ada antaranya yang bersifat tidak dikoordinasi dengan baik dan telah meninggalkan kesan ruang sisa, terbiar ataupun ruang interstisial dalam konteks bandar. Ramai pengkaji dan tokoh dalam bidang pembandaran berpendapat bahawa ruang sisa yang tidak terkoordinasi ini meninggalkan pelbagai impak yang merugikan terhadap bandar dan masyarakat di dalam bandar. Lantaran daripada itu, ramai pengkaji dan tokoh dari bidang yang pelbagai terutamanya dalam bidang reka bentuk bandar telah memberi sumbangan keilmuan terhadap pelbagai penyelesaian dan peluang untuk memanfaatkan ruang-ruang interstisial ini. Kajian mendapati pelbagai pendekatan telah diambil untuk memanfaatkan ruang interstisial ini dengan melakukan pelbagai strategi intervensi yang memberi kesan yang berbeza terhadap kualiti keberjayaan mengaktifkan ruang ini. Makalah ini mengkaji konsep ruang interstisial yang wujud bersama proses pembandaran, kualiti ruang awam dalam bandar berdasarkan perkembangan teori oleh tokoh pengkaji terdahulu dan juga mengkaji kajian kes sebenar secara empirikal dalam pendekatan membangun ruang interstisial ke arah ruang yang memberi manfaat kepada bandar dan masyarakat didalamnya. Pemeriksaan empirikal menggunakan kerja lapangan yang komprehensif yang dijalankan melalui beberapa kajian kes yang dianalisis dan dibandingkan berdasarkan teori tokoh berkenaan kualiti ruang awam di bandar –bandar utama yang berkepadatan tinggi.Kata |
|---|