Metodologi pentafsiran M. Quraish Shihab dalam tafsir Al-Lubab

Tafsiran al-Quran telah dimulakan sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW dan berterusan sehingga zaman sahabat, tabi’in dan zaman sekarang. Tafsir al-Lubab merupakan salah satu tafsir yang dikarang oleh M. Quraish Shihab pada masa kini untuk memberi kefahaman dalam mendalami tafsiran al-Quran. Artikel i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Wan Hilmi Wan Abdullah, Nur Azawani Azhari
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/21179/
http://journalarticle.ukm.my/21179/1/Alth_6.pdf
Description
Summary:Tafsiran al-Quran telah dimulakan sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW dan berterusan sehingga zaman sahabat, tabi’in dan zaman sekarang. Tafsir al-Lubab merupakan salah satu tafsir yang dikarang oleh M. Quraish Shihab pada masa kini untuk memberi kefahaman dalam mendalami tafsiran al-Quran. Artikel ini bertujuan untuk menghurai latar belakang M. Quraish Shihab serta menjelaskan metode pentafsiran kitab tafsir al-Lubab. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Pengumpulan data diperoleh daripada kandungan dokumen seperti kitab, jurnal, tesis dan prosiding. Analisis data menggunakan perisian Nvivo 12 secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tafsir al-Lubab ini merupakan kitab tafsir moden yang membuat tafsiran dan penjelasan melalui kandungan ayat-ayat al-Quran. Tafsir al-Lubab menggunakan kaedah tafsir secara ijmali. M. Quraish Shihab memulakan pentafsirannya dengan pengenalan terhadap 1] nama surah 2] intisari kandungan surah dan 3] pengajaran daripada surah. Implikasi kajian ini ialah memahami metodologi pentafsiran tafsir al-Lubab sebagai satu pendekatan tafsir yang sangat mudah untuk difahami oleh setiap orang. Sementara gaya bahasa dan laras susunan ayat yang digunakan sangat santai tetapi amat mendalam pengertiannya.