Sejarah pemeliharaan dan pemuliharaan Mushaf al-Quran
Menelusuri sejarah pemeliharaan al-Quran daripada zaman permulaan turunnya wahyu di zaman Rasulullah SAW sehingga masa kini menunjukkan satu usaha murni yang bertujuan untuk menjaga dan melindungi kitab tersebut dari sudut fizikal dan isi kandungannya. Hal demikian terbukti sebagaimana yang telah di...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21178/ http://journalarticle.ukm.my/21178/1/Alth_5.pdf |
| Summary: | Menelusuri sejarah pemeliharaan al-Quran daripada zaman permulaan turunnya wahyu di zaman Rasulullah SAW sehingga masa kini menunjukkan satu usaha murni yang bertujuan untuk menjaga dan melindungi kitab tersebut dari sudut fizikal dan isi kandungannya. Hal demikian terbukti sebagaimana yang telah disebut dalam al-Quran, hadith dan kisah para sahabat iaitu peristiwa sejarah yang mengandungi unsur yang boleh dikaitkan dengan pelupusan al-Quran. Walau bagaimanapun, perbincangan berkaitan pelupusan mashaf al-Quran perlu diteroka dengan lebih terperinci. Justeru, artikel ini mengkaji bagaimana bentuk pemeliharaan dan pemuliharaan mushaf dan bahan yang mengandungi ayat al-Quran dalam sejarah Islam. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dengan kaedah pengumpulan data secara analisa dokumen seterusnya data dianalisis secara diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa pemeliharaan al-Quran itu sendiri telah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dan titik permulaan sejarah pelupusan kitab suci al-Quran bermula pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, yang mana ketika itu semua mushaf dan lembaran catatan yang mengandungi al-Quran telah diarahkan untuk dibakar. Kajian ini memberi implikasi kepada para ilmuan yang membuat kajian bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan dan perkembangan tentang perlupusan al-Quran. |
|---|