Kelimpahan dan komposisi serangga di hutan pesisir pantai dan pedalaman Pulau Redang, Terengganu, Malaysia
Pulau Redang di Terengganu merupakan salah sebuah pulau yang popular di Malaysia. Namun, perkembangan industri perlancongan di Pulau Redang yang semakin berkembang perlu dikawal selia dari semasa ke semasa untuk memastikan keseimbangan fauna sentiasa terpelihara. Justeru, satu kajian telah dijala...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21038/ http://journalarticle.ukm.my/21038/1/Js_1.pdf |
| Summary: | Pulau Redang di Terengganu merupakan salah sebuah pulau yang popular di Malaysia. Namun,
perkembangan industri perlancongan di Pulau Redang yang semakin berkembang perlu dikawal
selia dari semasa ke semasa untuk memastikan keseimbangan fauna sentiasa terpelihara.
Justeru, satu kajian telah dijalankan di Pulau Redang bertujuan menentukan kelimpahan dan
komposisi serangga di kawasan hutan pesisir pantai dan hutan pedalaman pulau tersebut
menggunakan perangkap Malaise, perangkap dulang kuning dan perangkap lubang. Semua
perangkap tersebut diletakkan selama tujuh hari dan sampel serangga yang dikumpul telah
dibawa ke makmal untuk proses pengasingan, perkiraan dan pengecaman. Sejumlah 972
individu daripada 14 order serangga telah berjaya disampel di hutan Pulau Redang.
Hymenoptera merupakan order paling melimpah yang direkodkan dengan nilai sebanyak
48.36% (470 individu) dan diikuti oleh Diptera pada nilai 32.10% (312 individu). Manakala
Blattodea adalah order paling kurang melimpah yang direkodkan sebanyak hanya 0.21% (2
individu). Jumlah kelimpahan serangga yang disampel di hutan pedalaman relatifnya lebih
tinggi (501 individu) berbanding hutan pesisir pantai (471 individu). Walaubagaimanapun,
tiada perbezaan bererti (P>0.05) terhadap kelimpahan serangga di antara kedua-dua hutan di
Pulau Redang tersebut. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi asas kepada kajian
selanjutnya berkaitan inventori spesies serangga di Pulau Redang. |
|---|