Strategi pengoptimuman lanjutan untuk meningkatkan penghasilan biohidrogen foto-fermentasi oleh bakteria ungu bukan sulfur
Proses foto-fermentasi ialah suatu laluan penghasilan hidrogen yang menarik. Walau bagaimanapun, didapati bahawa kecekapan penukaran cahaya dan penghasilan biohidrogen foto-fermentasi oleh bakteria ungu bukan sulfur (PNSB) adalah sangat rendah. Maka, pelbagai pendekatan pengoptimuman telah dikaji ba...
| Main Authors: | , , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/21011/ http://journalarticle.ukm.my/21011/1/SBL%205.pdf |
| Summary: | Proses foto-fermentasi ialah suatu laluan penghasilan hidrogen yang menarik. Walau bagaimanapun, didapati bahawa kecekapan penukaran cahaya dan penghasilan biohidrogen foto-fermentasi oleh bakteria ungu bukan sulfur (PNSB) adalah sangat rendah. Maka, pelbagai pendekatan pengoptimuman telah dikaji bagi meningkatkan penghasilan fotohidrogen dan prestasi keseluruhannya. Ulasan ini membincangkan strategi pengoptimuman lanjutan untuk meningkatkan penghasilan biohidrogen foto-fermentasi secara menyeluruh. Antara strategi yang dibincangkan merangkumi pengoptimuman makronutrien dalam media penghasilan biohidrogen, faktor abiotik dan rejim pencahayaan semasa proses foto-fermentasi berlaku. Pendekatan ini menunjukkan keputusan positif dalam meningkatkan penghasilan foto-hidrogen oleh PNSB. Pendekatan gabungan yang mengintegrasikan strategi pengoptimuman individu yang berbeza dipercayai mungkin dapat mendatangkan peningkatan yang sinergistik terhadap produktiviti dan hasil biohidrogen foto-fermentasi oleh PNSB. |
|---|