Hakikat maqasid Al-Qur’an Imam Al-Ghazali dan perkembangan perbahasan berkenaan maqasid masa kini

Salah satu tema perbahasan yang banyak dibincangkan dalam kesarjanaan ilmu dalam kalangan ilmuan Islam pada hari ini ialah berhubung konsep maqasid serta istilah yang berhubung dengannya iaitu maqasid al-Quran, maqasid al-syari’ah dan juga pendekatan tafsir yang dinamakan tafsir al-maqsidi. Namun, p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siddig Ahmad, Wan Suhaimi Wan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20996/
http://journalarticle.ukm.my/20996/1/56880-187863-1-SM.pdf
Description
Summary:Salah satu tema perbahasan yang banyak dibincangkan dalam kesarjanaan ilmu dalam kalangan ilmuan Islam pada hari ini ialah berhubung konsep maqasid serta istilah yang berhubung dengannya iaitu maqasid al-Quran, maqasid al-syari’ah dan juga pendekatan tafsir yang dinamakan tafsir al-maqsidi. Namun, penggunaan ketiga-tiga istilah tersebut saling bertukar dan sering bertindan antara satu sama lain. Tambahan pula, terdapat kecenderungan para ilmuan Islam masa kini yang melihat bahawa ketiga-tiga istilah tersebut menjurus kepada satu perbahasan yang sama iaitu maqasid al-syar’iyyah. Justeru, penulisan ini dibuat untuk mengangkat kembali faham maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali, menyelusuri sejarah perkembangan penggunaan istilah maqasid al-Quran daripada awal penggunaannya iaitu bermula abad ke-10 sehingga ke hari ini serta skop pembahagiannya. Di akhir perbincangan ini, penulis akan mengemukakan analisis perbandingan skop pembahagian maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dengan perbahasan maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh para ulama’ selepasnya dan analisis berhubung penggunaan istilah maqasid al-Quran. Kekeliruan berhubung dengan istilah tersebut diperjelaskan agar penggunaannya adalah benar dan menempati kedudukannya yang sebenar.