Epistokrasi dalam wacana politik al-Ghazali dan Brennan
Epistokrasi adalah satu falsafah politik yang mempercayai bahawa golongan cerdik pandai sewajarnya memerintah negara bukannya diserahkan kepada sistem yang terbuka seperti diamalkan dalam sistem demokrasi. Al-Ghazali dan Brennan adalah antara ahli falsafah yang mempelopori falsafah tersebut yang dil...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20995/ http://journalarticle.ukm.my/20995/1/56879-187861-1-SM.pdf |
| Summary: | Epistokrasi adalah satu falsafah politik yang mempercayai bahawa golongan cerdik pandai sewajarnya memerintah negara bukannya diserahkan kepada sistem yang terbuka seperti diamalkan dalam sistem demokrasi. Al-Ghazali dan Brennan adalah antara ahli falsafah yang mempelopori falsafah tersebut yang dilihat berlainan dengan arus perkembangan semasa terutama sistem demokrasi. Ciri-ciri epistokrasi yang diperkenalkan al-Ghazali meliputi pemilihan pemimpin yang tertutup kepada yang terbaik sahaja, yang mempunyai nilai-nilai positif yang datang dari dalaman dan luaran individu, pengkhususan kepada etnik Quraisy dan pemimpin yang ditentukan oleh ahl al-syawkah. Brennan juga menepati dengan prinsip pemilihan yang dikemukakan oleh al-Ghazali seperti menghadkan pemilihan kepada mereka yang yang pintar dan kompeten, berdasarkan ciri demografik yang khusus dan sistem pemilihan pemimpin dengan sistem lebih bersifat tertutup. Walau bagaimanapun, penekanan epistokrasi al-Ghazali lebih kepada yang berunsurkan teokrasi yang memasukkan unsur ketuhanan dalam falsafahnya. |
|---|