Partisipasi dan persepsi pengundi luar bandar dalam politik pilihan raya : kajian kes di kawasan DUN Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu

Setiap individu dan masyarakat memiliki pendapat atau pandangan yang tersendiri dan ia dikenali sebagai persepsi. Persepsi yang wujud adalah dipengaruhi oleh pelbagai sumber maklumat yang cukup meluas dan mudah diakses, khususnya pada era serba moden ini. Perbezaan yang wujud berkaitan dengan pemi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nur Diyana Sofiah Mohd Hazron, Junaidi Awang Besar
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20900/
http://journalarticle.ukm.my/20900/1/508-Article%20Text-752-1-10-20221125.pdf
Description
Summary:Setiap individu dan masyarakat memiliki pendapat atau pandangan yang tersendiri dan ia dikenali sebagai persepsi. Persepsi yang wujud adalah dipengaruhi oleh pelbagai sumber maklumat yang cukup meluas dan mudah diakses, khususnya pada era serba moden ini. Perbezaan yang wujud berkaitan dengan pemilihan parti politik mendatangkan pelbagai kesan yang merangkumi sudut negatif dan positif, bergantung kepada pemikiran individu masing-masing. Selain daripada persepsi pengundi terhadap politik, partisipasi masyarakat dalam politik juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberhasilan sesebuah aktiviti politik pilihan raya yang dijalankan dalam negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini untuk menganalisis partisipasi dan persepsi pengundi luar bandar dalam politik pilihan raya di kawasan DUN Ajil, Hulu Terengganu, Terengganu. Kajian ini melibatkan pengumpulan data daripada keadah soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan, kajian kepustakaan dan kajian atas talian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Secara ringkasnya, kajian mendapati bahawa sebanyak 74 peratus responden berminat dengan politik. Seterusnya, isu politik yang banyak dibincangkan adalah berkaitan dengan isu kepimpinan di peringkat negara dan negeri dengan 100 peratus manakala pemimpin yang bersifat mesra rakyat merupakan kriteria pemimpin yang paling banyak disokong, iaitu sebanyak 74 peratus. Kesimpulannya, kajian ini dapat dijadikan sebagai ilmu tambahan berkaitan fenomena pilihan parti politik dalam kalangan pengundi luar bandar serta dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak-pihak pengkaji yang lain.