Pencirian jangkitan Plasmodium berghei NK65 pada mencit ICR sebagai model jangkitan malaria teruk
Malaria teruk atau ‘severe’ kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan Plasmodium falciparum. Jangkitan Plasmodium falciparum pada manusia boleh menyebabkan kerosakan organ, anemia teruk, komplikasi serius, koma dan kematian. Bagi tujuan memahami patogenesis malaria teruk, model haiwan digunakan dal...
| Main Authors: | , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20887/ http://journalarticle.ukm.my/20887/1/29.pdf |
| Summary: | Malaria teruk atau ‘severe’ kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan Plasmodium falciparum. Jangkitan Plasmodium
falciparum pada manusia boleh menyebabkan kerosakan organ, anemia teruk, komplikasi serius, koma dan kematian.
Bagi tujuan memahami patogenesis malaria teruk, model haiwan digunakan dalam kajian kali ini bagi mengenal pasti
sama ada gabungan hos-parasit daripada mencit ICR dengan Plasmodium berghei NK65 boleh menyebabkan jangkitan
malaria teruk pada hos. Pencirian jangkitan P. berghei ANKA pernah dilakukan sebelum ini terhadap mencit ICR; walau
bagaimanapun, pencirian jangkitan P. berghei NK65 secara terperinci terhadap mencit ICR dalam kajian ini adalah
pertama kali dilaporkan. Inokulasi sel darah merah (RBC) terjangkit-P. berghei NK65 (2 × 107
parasit RBC (pRBC)/
mL) dilakukan terhadap mencit ICR dengan suntikan secara intraperitoneum. Pemantauan perubahan ciri fizikal seperti
berat, suhu mencit, kematian mencit, pos mortem, histologi dan aras sitokin inflamasi yang terhasil selepas jangkitan
direkod untuk analisis. Strain P. berghei NK65 menghasilkan jangkitan tahap teruk terhadap mencit ICR iaitu paras
parasitemia melebihi 50% pada hari ke-10 selepas jangkitan diikuti kematian. Analisis histopatologi menunjukkan
jangkitan ini menyebabkan perubahan pada tisu serebrum, perlekatan leukosit pada endotelium dan pensekuesteran
pRBC dalam salur darah serebrum serta pendarahan intravaskular. Selepas jangkitan, pensekuesteran pRBC dan
pengumpulan pigmen malaria turut dilihat pada organ utama mencit. Tambahan lagi, edema pulmonari, pembentukan
membran hialin pada peparu dan pendarahan kortikal pada ginjal dilihat pada mencit terjangkit. Sitokin proinflamasi
(TNF-α, IFN-γ, dan IL-18) dan sitokin antiinflamasi (IL-10 dan IL-4) juga meningkat dalam serum mencit terjangkit.
Secara rumusannya, model jangkitan mencit ICR-P. berghei NK65 yang digunakan dalam kajian ini menunjukkan
ciri-ciri jangkitan malaria teruk. Hasil daripada kajian ini boleh digunakan sebagai asas untuk memahami patogenesis
bagi malaria teruk pada manusia dan model jangkitan malaria haiwan pada masa akan datang. |
|---|