Wanita bekerja dan kahwin lewat : satu kajian di Kuantan, Pahang

Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada kahwin lewat dalam kalangan wanita berkerja di Kuantan, Pahang dan cabaran yang dihadapi oleh golongan ini akibat kelewatan berkahwin. Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh orang wanita yang berumur 30 tahun ke atas, be...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Ain Hassan, Suresh Kumar N Vellymalay
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20836/
http://journalarticle.ukm.my/20836/1/29287-89862-1-SM.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang menyumbang kepada kahwin lewat dalam kalangan wanita berkerja di Kuantan, Pahang dan cabaran yang dihadapi oleh golongan ini akibat kelewatan berkahwin. Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh orang wanita yang berumur 30 tahun ke atas, bekerja dan belum pernah berkahwin. Sampel dipilih menggunakan kaedah persampelan bola salji. Temu bual berstruktur digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada wanita yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa kesukaran yang dihadapi oleh wanita yang bekerja untuk menemui jodoh yang sesuai, hasrat untuk merealisasikan impian keluarga, komitmen kerjaya, sikap kurang yakin terhadap perkahwinan dan pengalaman putus cinta sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada kahwin lewat. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa pandangan serong dan penghinaan yang diterima daripada rakan sekerja dan jiran tetangga merupakan cabaran paling besar dihadapi oleh wanita berkerja akibat kahwin lewat.