Persepsi mahasiswa Open University Malaysia (OUM) terhadap konflik politik Palestin-Israel
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji persepsi mahasiswa Open University Malaysia (OUM) terhadap konflik politik Palestin-Israel. Ini adalah kerana kepekaan seseorang mahasiswa terhadap isu semasa mampu melatih mereka menjadi suara pencerah dalam masyarakat. Bagi tujuan...
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20822/ http://journalarticle.ukm.my/20822/1/28036-85371-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji persepsi mahasiswa Open University
Malaysia (OUM) terhadap konflik politik Palestin-Israel. Ini adalah kerana kepekaan seseorang
mahasiswa terhadap isu semasa mampu melatih mereka menjadi suara pencerah dalam masyarakat.
Bagi tujuan kajian ini, terdapat tiga aspek utama kajian iaitu; tahap pengetahuan,
pandangan/pendirian, dan hubungan antara tahap pengetahuan dan pandangan/pendirian mahasiswa
OUM terhadap konflik politik Palestin-Israel. Ketiga-tiga aspek ini membentuk kepada objektif
utama kajian iaitu untuk mengukur persepsi mahasiswa terhadap konflik politik Palestin-Israel. Alat
kajian yang digunakan ialah set soal selidik atas talian SurveyMonkey. Seramai 108 orang pelajar
OUM terlibat menjadi responden bagi mewakili populasi kajian. Responden-responden ini dipilih
secara rawak yang dijemput dari forum atas talian myINSPIRE OUM, dan juga email dalaman OUM.
Teknik persampelan yang digunakan ialah teknik persampelan bola-salji untuk mendapatkan saiz
sampel yang secukupnya. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif
dan kaedah statistik inferensi. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21
digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian mendapati tahap pengetahuan dan
pandangan/pendirian mahasiswa OUM terhadap konflik Palestin-Israel adalah tinggi. Rata-rata
responden mempunyai pengetahuan yang baik terhadap isu tersebut. Hasil ujian juga mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan pandangan/pendirian. Semakin
tinggi tahap pengetahuan mahasiswa terhadap konflik politik Palestin-Israel, semakin baik
pandangan/pendirian mereka terhadap isu tersebut. Berdasarkan hasil kajian, dapat disimpulkan
bahawa persepsi mahasiswa OUM terhadap konflik politik Palestin-Israel berada di tahap yang
positif. Oleh yang demikian, sebagai pewaris pemimpin negara, mahasiswa harus ke hadapan dalam
mencerahkan konflik politik Palestin-Israel kepada masyarakat supaya isu tersebut dapat difahami
dengan jelas dan tepat. |
|---|