Pengaruh ideologi estetik media ‘The Malayan Emergency (2010)’ dalam isu komunis dan keselamatan negara
Filem dokumentari yang bersifat merepresentasikan ‘realiti’ merupakan salah satu medium media yang berkreadibiliti tinggi memberi laluan yang lebih mudah bagi golongan dominan dalam menyalurkan ideologi mereka kepada golongan khalayak sasarannya. Filem dokumentari memainkan peranan yang pentin...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20819/ http://journalarticle.ukm.my/20819/1/28031-85364-1-SM.pdf |
| Summary: | Filem dokumentari yang bersifat merepresentasikan ‘realiti’ merupakan salah satu medium media
yang berkreadibiliti tinggi memberi laluan yang lebih mudah bagi golongan dominan dalam
menyalurkan ideologi mereka kepada golongan khalayak sasarannya. Filem dokumentari memainkan
peranan yang penting sebagai alat pemerintahan kolonial dan kawalan sosial dalam sesebuah
masyarakat demi kestabilan dan keselamatan negara. Teknik penerbitan merupakan salah satu faktor
yang penting dalam menghasilkan filem dokumentari propaganda supaya filem dokumentari yang
dihasilkan mendapat sokongan rakyat dalam menghapuskan ancaman rakyat. Perkembangan
teknologi yang pesat telah mendorong kepada peningkatan terhadap penggunaan visual yang lebih
berkesan untuk mengkonstruk makna supaya ia mencapai ideologi yang ingin disampaikan kepada
khalayak sasaran terutamanya dalam filem dokumentari. Lima bidang asas estetik media dalam video
dan filem iaitu pencahayaan atau warna, ruang dua dimensi, ruang tiga dimensi, masa dan pergerakan
serta bunyi digunakan dalam filem dokumentari mengkonstrukkan makna ataupun ideologi yang
memihak kepada golongan tertentu. Kajian ini telah menggunakan kaedah analisis kandungan untuk
mengkaji bagaimana ideologi filem dokumentari The Malayan Emergency (2010) dikonstrukkan
dengan menggunakan lima bidang asas estetik media. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan
lima bidang estetik media adalah bertujuan untuk menambahkan kesan dramatik, realistik,
menimbulkan emosi, dan situasi tegang dalam filem dokumentari ini. Video telah digunakan sebagai
instrumen untuk membuat ancaman terhadap keselamatan negara, namun video seperti filem
dokumentari juga merupakan satu sentaja yang tidak kurang hebatnya dalam menghapuskan ancaman
terhadap keselamatan negara. Idelogi-ideologi yang tersulam dalam estetik media seharusnya
digunakan dalam penerbitan filem dokumentari terutamanya filem dokumentari sejarah supaya ia
dapat mengbangkit semangat patriotik demi menjaga kestabilan dan keselamatan negara. |
|---|