Penerokaan spesifikasi kemahiran generik 4IR bagi graduan kejuruteraan awam berdasarkan perspektif daripada industri

Gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai revolusi perindustrian 4.0 (4IR) diiringi dengan penggunaan robotik dan pengautomasian menyebabkan perubahan terhadap permintaan tenaga buruh dan bidang pekerjaan. Profesion jurutera awam merupakan salah satu daripada 53 bidang pekerjaaan kritikal...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Fathiyah Mohd Kamaruzaman, Azrul A. Mutalib, Mohamad Sattar Rasul, Marlissa Omar, Khairul Nizan Khairudin, Mohd Fakhrul Azizie Mohd Zaid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20811/
http://journalarticle.ukm.my/20811/1/59079-196299-1-PB.pdf
Description
Summary:Gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai revolusi perindustrian 4.0 (4IR) diiringi dengan penggunaan robotik dan pengautomasian menyebabkan perubahan terhadap permintaan tenaga buruh dan bidang pekerjaan. Profesion jurutera awam merupakan salah satu daripada 53 bidang pekerjaaan kritikal bagi membangunkan ekonomi negara dalam mendepani arus cabaran 4IR. Namun begitu, peratusan bilangan jurutera awam baharu yang diterima bekerja masih lagi rendah disebabkan oleh faktor ketidaksepadanan kemahiran generik sekaligus menyebabkan masalah pengangguran dalam kalangan graduan kejuruteraan awam (KA) masih lagi berlaku. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meneroka spesifikasi yang terperinci mengenai kemahiran generik 4IR (KG4IR) bagi graduan kejuruteraan awam berdasarkan perspektif daripada pihak industri kejuruteraan awam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual semi berstruktur atas talian terhadap lima orang pakar bidang KA berdasarkan protokol temu bual. Dapatan temu bual dianalisis menggunakan sistem kod untuk mengeluarkan kategori dan tema bagi membentuk spesifikasi KG4IR. Hasil analisis mendapati bahawa sembilan tema KG4IR telah diperolehi iaitu kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah, kepimpinan, kepintaran emosi, kreativiti, pemikiran kritikal, kebolehsuaian, digital dan pengurusan bersama perincian daripada kategori untuk membentuk spesifikasi KG4IR yang sesuai bagi graduan KA. Melalui spesifikasi KG4IR yang terperinci ini, ianya dapat dijadikan panduan bagi penerapan KG4IR oleh pihak pemegang taruh (IPT, pihak industri) untuk menghasilkan graduan kalis masa hadapan yang mampu bekerja dalam suasana pekerjaan 4IR selari dengan inspirasi Kerangka Pendidikan Tinggi 4.0 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.i