Kepimpinan maya guru besar dan kesediaan guru terhadap perubahan di sekolah program TS25
Perkembangan teknologi semasa dan perubahan iklim kerja pasca pandemik Covid 19 menjadikan kepimpinan maya semakin relevan dan penting. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap amalan kepimpinan maya guru besar, tahap kesediaan guru terhadap perubahan, menguji hubungan antara kedua-dua pemboleh...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20804/ http://journalarticle.ukm.my/20804/1/59063-196269-2-PB.pdf |
| Summary: | Perkembangan teknologi semasa dan perubahan iklim kerja pasca pandemik Covid 19 menjadikan kepimpinan
maya semakin relevan dan penting. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap amalan kepimpinan maya guru besar,
tahap kesediaan guru terhadap perubahan, menguji hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah serta menentukan
tahap kepimpinan maya dan kesediaan guru terhadap perubahan berdasarkan faktor demografi. Kajian tinjauan ini
melibatkan 303 sampel guru daripada 1100 populasi. Analisis deskriptif yang memberikan nilai min, sisihan piawai,
frekuensi dan peratus adalah untuk menentukan tahap pemboleh ubah manakala analisis inferensi melibatkan ujian
korelasi Pearson, ujian t serta anova satu hala dibuat untuk menguji hubungan dan perbezaan antara pemboleh ubah.
Dapatan menunjukkan tahap amalan kepimpinan maya guru besar (min = 3.97, sisihan piwai = 0.73) dan tahap
kesediaan guru terhadap perubahan (min = 3.98, sisihan piawai = 0.60) adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan juga
menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap amalan kepimpinan maya dengan tahap kesediaan
guru terhadap perubahan (r = 0.65). Analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan
kepimpinan maya guru besar berdasarkan faktor jantina tetapi terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor
umur. Seterusnya dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan guru terhadap
perubahan berdasarkan faktor jantina dan tempoh perkhidmatan. Antara implikasi kajian ialah latihan kepimpinan
perlu mempunyai komponen kepimpinan maya, manakala untuk kajian akan datang dicadangkan agar kaedah kualitatif
digunakan untuk memperjelaskan lagi faktor-faktor dalam kepimpinan maya yang boleh meningkatkan kesediaan guru
untuk melakukan perubahan di samping melibatkan sampel yang lebih menyeluruh. |
|---|