Kekeliruan tanaman hemp dan marijuana dalam Taima Torishimari Hou 1948 di Jepun
Artikel ini bertujuan adalah untuk memperjelaskan kekeliruan berkenaan tanaman hemp yang disamakan dengan marijuana dalam dasar perundangan di Jepun. Kekeliruan ini menyebabkan hemp dihadkan penggunaan dan pengeluarannya di Jepun seperti ditetapkan dalam Taima Torishimari Hou (Akta Kawalan Kanab...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20799/ http://journalarticle.ukm.my/20799/1/51347-196349-1-PB.pdf |
| Summary: | Artikel ini bertujuan adalah untuk memperjelaskan kekeliruan berkenaan tanaman hemp yang disamakan dengan
marijuana dalam dasar perundangan di Jepun. Kekeliruan ini menyebabkan hemp dihadkan penggunaan dan
pengeluarannya di Jepun seperti ditetapkan dalam Taima Torishimari Hou (Akta Kawalan Kanabis) tahun 1948.
Secara khususnya, terdapat banyak perbezaan antara tanaman hemp dan marijuana walaupun kedua-duanya datang
daripada keluarga kanabis yang sama. Beberapa aspek kekeliruan dalam tanaman hemp dibincangkan iaitu dari segi
sejarah dan kebudayaan dalam masyarakat Jepun, kekeliruan dalam keluarga kanabis dari segi botani dan anotomi
pokok secara ringkas, perbezaan bahan kimia dalam tanaman hemp dan marijuana serta dari segi pengistilahan dalam
bahasa Jepun yang berbeza dan memberi makna berbeza. Ini kerana terdapat peraturan yang ketat kepada petani yang
menanam hemp untuk menghasilkan serat oleh kerajaan Jepun dimana kerajaan Jepun menyangkakan bahawa tanaman
hemp sama bahaya dengan marijuana yang dikategorikan sebagai dadah. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah
kualitatif iaitu analisis dokumen sumber primer dan sekunder untuk menjelaskan kekeliruan dan cabaran tanaman
hemp di Jepun. Kajian ini mendapati bahawa kekeliruan yang wujud menyebabkan Jepun terlepas peluang besar
untuk mengkomersialkan tanaman ini dan seterusnya kehilangan berpotensi besar dalam ekonomi. Sehubungan itu
pada masa sekarang terdapat NGO-NGO yang berusaha untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang penggunaan
tanaman hemp disamping mendesak pihak kerajaan supaya melegalisasikan tanaman ini sepenuhnya tanpa sebarang
dikriminasi kepada petani. |
|---|