Efikasi keusahawanan dan impaknya terhadap penciptaan perniagaan dalam pendidikan keusahawanan di universiti awam

Kejayaan seorang usahawan banyak bergantung kepada kesediaan daripada segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta kekuatan dalaman, iaitu emosi, keyakinan dan efikasi kendiri. Kurang keyakinan diri adalah salah satu punca kurangnya penglibatan graduan dalam bidang keusahawanan.Justeru, kajian ini ber...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Shafira Norhisham, Sheerad Sahid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20787/
http://journalarticle.ukm.my/20787/1/44424-196339-1-PB.pdf
Description
Summary:Kejayaan seorang usahawan banyak bergantung kepada kesediaan daripada segi ilmu pengetahuan, kemahiran serta kekuatan dalaman, iaitu emosi, keyakinan dan efikasi kendiri. Kurang keyakinan diri adalah salah satu punca kurangnya penglibatan graduan dalam bidang keusahawanan.Justeru, kajian ini bertujuan menentukan tahap dan impak efikasi keusahawanan terhadap penciptaan perniagaan dalam kalangan pelajar universiti awam. Kajian ini mengadaptasi kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel terdiri daripada 282 orang pelajaruniversiti awam yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok. Kaedah analisis data dibahagikan dua bahagian, iaituanalisis deskriptif untuk menentukan skor atau tahap efikasi keusahawanan dan penciptaan perniagaan. Kaedah analisis kedua adalah pemodelan persamaan berstruktur atau SEM untuk menguji kesan efikasi keusahawanan terhadap penciptaan perniagaan. Dapatan kajian menunjukkan tahap bagi efikasi keusahawanan serta penciptaan perniagaan kedua-duanya pada tahap tinggi. Manakala pengujian model berstruktur menunjukkan efikasi keusahawanan mempunyai hubungan dan kesan yang signifikan terhadap penciptaan perniagaan. Bermakna semakin tinggi efikasi keusahawanan pelajar, semakin tinggi kemungkinan pelajar mencipta perniagaan selepas bergraduasi. Kajian ini diharap menyumbang kepada penjanaan idea, program, serta aktiviti keusahawanan bagi meningkatkan efikasi keusahawanan dalam kalangan pelajar.