Penutur Austronesia dan cara penyebarannya : pendekatan arkeologi, genetik dan linguistik

Penyebaran penutur Austronesia di Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik serta Madagascar menjadi polemik berterusan sehingga ke hari ini. Pelbagai hipotesis dan teori yang telah dikemukakan oleh sarjana melalui pendekatan linguistik, arkeologi, antropologi dan genetik dalam membahaskan isu ini....

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zuliskandar Ramli, Zaharah Sulaiman
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20776/
http://journalarticle.ukm.my/20776/1/177-284-1-PB.pdf
Description
Summary:Penyebaran penutur Austronesia di Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik serta Madagascar menjadi polemik berterusan sehingga ke hari ini. Pelbagai hipotesis dan teori yang telah dikemukakan oleh sarjana melalui pendekatan linguistik, arkeologi, antropologi dan genetik dalam membahaskan isu ini. Makalah ini cuba melihat kembali teori besar yang telah dikemukakan oleh para sarjana pelbagai bidang ini dalam merekonstruksi kronologi dan cara penyebaran penutur Austronesia. Istilah Austronesia ini mula dipopularkan sejak akhir abad ke-19 lagi dan kajian berkenaan dengan penutur Austronesia ini telah dipelopori oleh Otto Dempwolff diikuti oleh Hendrok Kern pada tahun 1886 dan Wilhem Schmidt pada awal abad ke-20. Robert Blust pada tahun 1970-an telah memperkembangkan kajian berkenaan penutur Austronesi ini dan beliau juga telah membangunkan model yang dinamakan “Model of History of the Austronesian Language Family”. Antara teori besar yang dikemukakan dan berkait dengan penutur Austronesia ini adalah teori yang dikemukakan oleh Peter Bellwood iaitu teori ‘Out of Taiwan’ dan ‘Out of Yunnan’ yang menggunakan pendekatan linguistik dan arkeologi terutamanya yang berkait rapat dengan masyarakat yang mengamalkan pertanian dan penternakan. Teori ‘Out od Island Origin’ yang telah dikemukakan oleh William Solheim dengan menggunakan data arkeologi sepenuhnya terutamanya penyebaran artifak tembikar tanah menganggap bahawa induk bahasa Austronesia ini adalah di kawasan pesisir selatan Vietnam. Manakala pendekatan terkini yang menggunakan analisis genetik terutamanya mitokondria DNA telah digunakan oleh Stephen Oppenheimer dan beliau telah mengemukakan teori ‘Oot of Sundaland’. Kesimpulannya, walaupun teori “Out of Sundaland’ ini telah menolak teori yang dikemukakan oleh Peter Bellwood iaitu teori ‘Out of Taiwan, perdebatan berkenaan dengan penyebaran penutur Bahasa Austronesia ini dilihat tidak akan selesai dan polemik ini dijangka akan terus berterusan tanpa penghujungnya. Walau bagaimanapun, ahli arkeologi tempatan telah lama menolak teori ‘Out of Taiwan’ dan ‘Out of Yunnan’ dengan hujah bahawa masyarakat Neolitik itu berevolusi secara setempat dan evolusi sosio-budaya dan teknologi berkait rapat dengan persekitaran yang diduduki oleh masyarakat tersebut.