Rumah tradisi Temiar dan hubungannya yang simbiosis dengan persekitaran

Makalah ini akan membincangkan sejauhmana adaptasi dan persekitaran alam memberi pengaruh terhadap ciri sosiobudaya dan corak penempatan sesuatu masyarakat. Perbincangan adalah berdasarkan kepada kajian etnografi yang telah dijalankan di beberapa tapak penempatan masyarakat Orang Asli suku Temi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamid Muhammad Isa, Mokhtar Saidin
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, UKM, Bangi 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20773/
http://journalarticle.ukm.my/20773/1/174-280-1-PB.pdf
Description
Summary:Makalah ini akan membincangkan sejauhmana adaptasi dan persekitaran alam memberi pengaruh terhadap ciri sosiobudaya dan corak penempatan sesuatu masyarakat. Perbincangan adalah berdasarkan kepada kajian etnografi yang telah dijalankan di beberapa tapak penempatan masyarakat Orang Asli suku Temiar di Hulu Kelantan, Hulu Kinta dan Sungai Siput, Perak (Rajah 1). Masyarakat Temiar di kawasan kajian beradaptasi dengan persekitaran hutan dan tanah tinggi dengan ketinggian maksima sehingga 4306 meter dari paras laut. Corak persekitaran sebegini menawarkan tanah yang subur dan kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna selain berkait rapat dengan kepercayaan nenek moyang mereka. Hasil kajian ini mendapati bahawa corak adaptasi di persekitaran hutan hujan tropika memiliki hubungan yang simbiotik dengan corak rumah tradisional mereka. Selain itu akan turut dibincangkan fungsi ruang dalam rekabentuk rumah mereka. Kajian juga mendapati bahawa masyarakat ini sedang berdepan dengan cabaran untuk melestarikan rumah tradisional apabila berlakunya perubahan dalam persekitaran. Pada masa ini, secara perlahan-lahan telah berlaku perubahan dalam corak penempatan, namun sebahagian mereka terutama di pendalaman masih mengekalkan rumah tradisional tersebut.