Impak kepercayaan dan kesetiaan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) terhadap risiko kecairan

Kebelakangan ini, Lembaga Tabung Haji (TH) telah terpalit dengan pelbagai tohmahan yang telah menyebabkan reputasi TH dipertikaikan. Hal ini telah mendapat reaksi daripada pendeposit sehingga menyebabkan kepercayaan dan kesetiaan pendeposit tergugat dan mereka mula mengeluarkan simpanan. Kajian...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Ain Mohd Pauzi, Aisyah Abdul-Rahman, Shifa Mohd Nor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20754/
http://journalarticle.ukm.my/20754/1/20944-65500-1-PB.pdf
Description
Summary:Kebelakangan ini, Lembaga Tabung Haji (TH) telah terpalit dengan pelbagai tohmahan yang telah menyebabkan reputasi TH dipertikaikan. Hal ini telah mendapat reaksi daripada pendeposit sehingga menyebabkan kepercayaan dan kesetiaan pendeposit tergugat dan mereka mula mengeluarkan simpanan. Kajian ini bertujuan melihat faktor penentu kepercayaan dan kesetiaan dan melihat sama ada faktor kepercayaan dan kesetiaan bertindak sebagai faktor penengah (mediating factor) kepada risiko kecairan TH. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan tujuan (purposive sampling) dan sebanyak 200 orang responden menjawab soal selidik secara atas talian dan secara langsung. Analisis menggunakan teknik PLS-SEM mendapati kepercayaan bertindak sebagai faktor penengah hubungan antara maklumat kewangan, jaminan deposit, kualiti perkhidmatan dan imej dengan risiko kecairan. Selain itu, kesetiaan bertindak sebagai faktor penengah hubungan antara kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan, dan imej dengan risiko kecairan. Oleh itu, ketelusan tadbir urus korporat perlu dititikberatkan untuk memperbaiki segala aspek yang sepatutnya dan dalam masa yang sama mengembalikan semula kepercayaan dan kesetiaan para pendeposit. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pengurusan TH terutamanya dan kerajaan umumnya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengurus risiko kecairan bagi mengekalkan kedudukan TH sebagai institusi kewangan Islam yang kukuh pada masa hadapan.