Aplikasi skor-Z Altman dalam menganggar kesolvenan pengendali takaful di Malaysia
Kajian ini bertujuan untuk mengira tahap kesolvenan pengendali takaful di Malaysia dengan menggunakan Skor-Z Altman. Beberapa penganggar kesolvenan telah pun dibangunkan dan diguna pakai dalam industri, antaranya termasuk Margin Kesolvenan (Margin of Solvency [MOS]), Modal Berasaskan Risiko (Ris...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20753/ http://journalarticle.ukm.my/20753/1/20943-65499-1-PB.pdf |
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengira tahap kesolvenan pengendali takaful di Malaysia dengan menggunakan Skor-Z
Altman. Beberapa penganggar kesolvenan telah pun dibangunkan dan diguna pakai dalam industri, antaranya termasuk
Margin Kesolvenan (Margin of Solvency [MOS]), Modal Berasaskan Risiko (Risk-Based Capital [RBC]), Keupayaan
Membayar Tuntutan (Claim Paying Ability [CPA]) dan Penarafan CAMEL (CAMEL Rating). Masalah maklumat tidak simetri
yang sememangnya wujud dalam industri insurans (takaful) sekaligus menyebabkan maklumat daripada pengukuran-pengukuran ini lebih bersifat tertutup. Akibatnya, pengguna dan pemegang polisi sendiri tidak maklum tentang tahap
kesolvenan penanggung insurans dan pengendali takaful yang berada di pasaran bagi membantu membuat pilihan
yang tepat untuk mendapatkan perlindungan. Kajian ini akan mengenal pasti tahap kesolvenan pengendali-pengendali
takaful di Malaysia untuk tempoh tiga tahun yang bermula dari tahun 2012-2014. Selain itu, pengendali takaful akan
ditarafkan berdasarkan skor kesolvenan yang diperolehi. Skor kesolvenan dalam kajian ini berdasarkan kepada empat
nisbah di bawah Skor-Z Altman (bukan pembuatan) iaitu nisbah kecairan, nisbah keuntungan, nisbah leveraj dan nisbah
kesolvenan. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata pengendali takaful berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga’
pada sekitar tahun 2012 dan 2013. Pada tahun 2014 pula, secara purata pengendali takaful berada dalam keadaan
‘petanda buruk.’ Seterusnya penarafan dibuat berdasarkan keputusan skor yang diperolehi. Pada tahun 2012, AmFamily
Takaful Bhd menduduki tempat yang teratas manakala Syarikat Takaful Malaysia Bhd menduduki tempat terbawah dalam
kalangan pengendali takaful. Sementara itu, pada tahun 2013, pengendali takaful yang menduduki tempat teratas ialah
Hong Leong MSIG Takaful Bhd manakala di tempat terbawah masih lagi Syarikat Takaful Malaysia Bhd. HSBC Amanah
Takaful Sdn Bhd pula menduduki tempat pertama pada tahun 2014 manakala Takaful Ikhlas Sdn Bhd menduduki tempat
yang terakhir. Secara keseluruhan, pengendali takaful yang berstatus asing lebih baik berbanding pengendali takaful
tempatan. Hasil kajian diharapkan dapat memberi maklumat kepada pihak yang berkepentingan seperti masyarakat
umum dan pengendali takaful tentang kebarangkalian kesolvenan yang dihadapi dan kedudukan setiap pengendali takaful
berbanding dengan yang lain. Bagi masyarakat umum, skor kesolvenan yang diperoleh mungkin boleh dijadikan rujukan
untuk memilih sesebuah pengendali takaful sebelum membuat keputusan pembelian. Manakala dari sudut industri takaful
pula, pengendali takaful yang mempunyai skor kesolvenan dan penarafan yang baik boleh dijadikan rujukan sebagai
amalan terbaik (best practised) pada yang lain. |
|---|