Pengaruh penghargaan kendiri terhadap kesejahteraan psikologi mualaf
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh penghargaan kendiri terhadap kesejahteraan psikologi mualaf. Kajian telah dijalankan kepada 70 orang mualaf daripada Pertubuhan Kebajikan Islamiah Malaysia (PERKIM) dan Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) secara kuantitatif. Responden telah...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20724/ http://journalarticle.ukm.my/20724/1/26958-81491-1-SM.pdf |
| Summary: | Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh penghargaan kendiri terhadap kesejahteraan
psikologi mualaf. Kajian telah dijalankan kepada 70 orang mualaf daripada Pertubuhan
Kebajikan Islamiah Malaysia (PERKIM) dan Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) secara
kuantitatif. Responden telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh kajian seperti
telah berumur 18 tahun ke atas dan telah memeluk agama Islam sekurang-kurangnya 1 tahun.
Kajian ini menggunakan teknik soal selidik dan analisis menggunakan perisian Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi 19. Analisis inferensi digunakan untuk menguji
pengaruh di antara pemboleh ubah . Ujian t bebas juga digunakan untuk menguji perbezaan min
bagi pemboleh ubah penghargaan kendiri dan kesejahteraan psikologi. Dapatan kajian
menunjukkan, terdapat pengaruh yang signifikan antara penghargaan kendiri terhadap
kesejahteraan psikologi mualaf. Kajian dapat menyumbang kepada perkembangan bidang ilmu
psikologi khususnya dalam pengkajian mualaf di Malaysia. Artikel ini juga berpotensi untuk
menjadi rujukan kepada kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam membina polisi atau modul
untuk mualaf. |
|---|