Konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga : penerokaan pengetahuan dalam kalangan ibu bapa pelihara di Malaysia
Jagaan pelihara berasaskan keluarga (family-based foster care) merupakan jagaan gantian yang memberikan persekitaran keluarga yang bersifat fleksibel kepada kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan. Ia merupakan satu konsep yang tidak asing lagi di kebanyakan negara-negara maju...
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20722/ http://journalarticle.ukm.my/20722/1/26956-81482-1-SM.pdf |
| Summary: | Jagaan pelihara berasaskan keluarga (family-based foster care) merupakan jagaan gantian
yang memberikan persekitaran keluarga yang bersifat fleksibel kepada kanak-kanak yang
memerlukan pemeliharaan dan pelindungan. Ia merupakan satu konsep yang tidak asing lagi
di kebanyakan negara-negara maju seperti Amerika, United Kingdom, Kanada dan Australia.
Namun, konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga masih lagi baru dan kurang difahami
dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru kajian mengenai jagaan pelihara berasaskan
keluarga masih kurang dijalankan di Malaysia. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk
meneroka pengetahuan konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga dalam kalangan ibu bapa
pelihara. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan teori grounded dengan penglibatan
seramai 25 orang ibu bapa pelihara sebagai informan kajian yang dipilih menggunakan
persampelan bertujuan. Kaedah temu bual mendalam menggunakan soalan separa berstruktur
digunakan untuk pengumpulan data. Seterusnya data dianalisis menggunakan analisis tema
menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian mendapati terdapat tiga tema utama iaitu (i)
ketidakfahaman konsep jagaan pelihara berasaskan keluarga, (ii) kekeliruan konsep jagaan
pelihara berasaskan keluarga dan pengangkatan dan (iii) sumber pengetahuan berasaskan
pengalaman. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan satu garis panduan
bagi memastikan kefahaman yang jelas tentang konsep jagaan pelihara supaya dapat
meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam, dan secara tidak langsung dapat
menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai ibu bapa pelihara bagi membantu memberi
pemeliharaan kepada kanak-kanak yang memerlukan. |
|---|