Fahaman syiah dan keharmonian agama Islam di Malaysia : perspektif pendekatan keselamatan negara
Ancaman terhadap keselamatan negara hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan semata-mata. Ancaman bukan tradisonal seperti perbalahan mazhab dan konflik agama turut memberi kesan terhadap nilai teras sesebuah negara. Di Malaysia, walaupun fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah diisytiharkan sebagai...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20712/ http://journalarticle.ukm.my/20712/1/26946-81458-1-SM.pdf |
| Summary: | Ancaman terhadap keselamatan negara hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan semata-mata. Ancaman bukan tradisonal seperti perbalahan mazhab dan konflik agama turut
memberi kesan terhadap nilai teras sesebuah negara. Di Malaysia, walaupun fahaman Ahli
Sunnah Wal Jemaah diisytiharkan sebagai pegangan rasmi, namun masih terdapat segelintir
masyarakat yang berpegang pada fahaman Syiah. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti
adakah fahaman Syiah boleh menjadi ancaman terhadap keselamatan negara walaupun
pengikutnya tidak ramai. Kajian ini menggunakan metod pendekatan kualitatif berasaskan
kepada sumber primer dan sekunder. Data sumber primer adalah berasaskan kepada kaedah
temu bual mendalam. Manakala sumber sekunder, berasaskan kepada kaedah kepustakaan
dan analisis dokumen. Kajian ini akan melihat kepada pendekatan sekuritisasi dalam konsep
keselamatan negara iaitu suatu pelakuan ucapan yang mengandungi unsur ancaman terhadap
isu yang dibangkitkan serta mempercayai bahawa objek sasaran berkenaan terancam dan
perlu dipertahankan. Dari analisis, fahaman Syiah yang mula menular ke Malaysia selepas
Revolusi Iran pada tahun 1979, mendapat tindakan yang tegas dari pihak berkuasa
keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri kerana isu ini
telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun isu
ini sensitif dibincangkan kerana ia melibatkan hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia
dan Iran, namun kajian mendapati, hubungan kedua negara ini sama sekali tidak terjejas
ekoran dari sifat hormat-menghormati. Namun bagi domestik Malaysia, terdapat elemen
sekuritisasi yang perlu diperhatikan. |
|---|