Persepsi pelajar pra-siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan pekak dewasa
Anggapan dan stigma masyarakat dimana individu pekak mempunyai banyak kelemahan berbanding individu yang mempunyai pendengaran normal telah mewujudkan sikap negatif seperti diskriminasi dan penganiayaan terhadap golongan pekak ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi mahasiswa pra...
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20703/ http://journalarticle.ukm.my/20703/1/Artikel-5_Quar-Tian-Kar_FSK.pdf |
| Summary: | Anggapan dan stigma masyarakat dimana individu pekak mempunyai banyak kelemahan berbanding individu
yang mempunyai pendengaran normal telah mewujudkan sikap negatif seperti diskriminasi dan penganiayaan
terhadap golongan pekak ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi mahasiswa prasiswazah Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan pekak dewasa serta mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
persepsi mereka. Persepsi antara pelajar berbeza jurusan dan kaum telah dibandingan, dan kesan pengetahuan dan
pengalaman dengan golongan pekak ke atas persepsi telah diukur. Kajian rentas ini menggunakan soal selidik
yang melibatkan seramai 126 pelajar pra-siswazah UKM Kampus Bangi dan Kuala Lumpur yang direkrut melalui
kaedah persampelan mudah. Dapatan kajian menunjukkan persepsi mahasiswa UKM secara keseluruhannya
adalah positif. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara pelajar yang berbeza
kaum, berbeza jurusan dan yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman terhadap golongan pekak dewasa
dengan yang tiada (z = 4.513, p < 0.05). Implikasi kajian dan cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan
harapan kajian seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan pekak supaya budaya
ketidaksamarataan ke atas golongan ini dapat ditangani. |
|---|