Psikoterapi Islam menurut al-Qur’an dan al-Sunnah dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara

Kanser payudara merupakan salah satu penyakit yang sangat digeruni dalam kalangan wanita seluruh dunia. Ianya merupakan penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal malah ianya mampu mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi penghidap kanser payudara ke tahap yang sangat kritikal. Kebanya...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norhafizah Musa, Azahar Yaakub @ Ariffin, Siti Suhaila Ihwani, Adibah Muhtar, Zaharah Mustafa, Mohd Hambali Rashid
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20674/
http://journalarticle.ukm.my/20674/1/26779-80828-1-SM.pdf
Description
Summary:Kanser payudara merupakan salah satu penyakit yang sangat digeruni dalam kalangan wanita seluruh dunia. Ianya merupakan penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal malah ianya mampu mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi penghidap kanser payudara ke tahap yang sangat kritikal. Kebanyakan daripada mereka tidak dinafikan akan mengalami stres yang berpanjangan sepanjang menjalani rawatan mahupun melewati kehidupan seharian. Justeru itu, psikoterapi Islam bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunah adalah upaya penyembuhan jiwa (nafs) manusia secara rohaniyah. Hasil kajian ini dapat merumuskan bahawa konsep psikoterapi Islam menurut al-Qur’an dan al-sunnah mampu membantu pesakit untuk penyembuhan emosi, perilaku dan fikiran serta menguatkan kerohanian. Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu panduan yang berguna kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah gangguan jiwa terutama kepada mereka yang menghidapi penyakit yang digeruni seperti pesakit kanser payudara.