Potensi bioremediasi plastik polietilena tereftalat (PET)
Penghasilan plastik yang mesra ekonomi dan kepelbagaian penggunaannya menyebabkan permintaan terhadap plastik meningkat setiap tahun. Antaranya adalah plastik jenis polietilena tereftalat (PET) yang dihasilkan melalui pempolimeran dua monomer iaitu asid tereftalik (TPA) dan etilena glikol (EG)....
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20659/ http://journalarticle.ukm.my/20659/1/27.pdf |
| Summary: | Penghasilan plastik yang mesra ekonomi dan kepelbagaian penggunaannya menyebabkan permintaan terhadap plastik
meningkat setiap tahun. Antaranya adalah plastik jenis polietilena tereftalat (PET) yang dihasilkan melalui pempolimeran
dua monomer iaitu asid tereftalik (TPA) dan etilena glikol (EG). PET menjadi pilihan dalam produk pembungkusan
makanan dan minuman kerana cirinya yang tahan haba, tahan lama, mudah dibentuk dan ringan serta kos penghasilan
yang murah. Walau bagaimanapun, hal ini telah menjadikan PET sebagai pencemar alam sekitar kerana penggunaannya
berjangka pendek dan pakai buang, serta sukar untuk dicuraikan secara semula jadi dan dikitar semula. PET juga
berupaya menjadi mendakan kerana mempunyai kehabluran dan ketumpatan yang tinggi seterusnya menghasilkan
mikroplastik bersaiz <5 mm yang berpotensi menjadi ancaman kepada rantai makanan. Kaedah bioremediasi antara
salah satu alternatif yang boleh dilaksanakan dalam menangani masalah lambakan bahan buangan plastik PET.
Justeru, ulasan ini akan membincangkan empat pendekatan bioremediasi dengan penggunaan bakteria sebagai agen
biopencurai PET melalui penggunaan (1) bakteria penghasil biofilem, (2) biosurfaktan, (3) biotinjauan secara pendekatan
biologi molekul dan (4) aplikasi bio-pembawa yang boleh dilaksanakan dalam menguraikan bahan buangan PET. |
|---|