Potensi sungkup plastik daripada filem selulosa terjana semula : suatu ulasan

Sungkup ialah bahan yang dihamparkan pada permukaan tanah, digunakan secara khusus untuk pertanian. Penggunaan sungkup plastik (SP) dalam bidang pertanian masih berterusan di seluruh dunia sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia merupakan teknologi penting dalam pertanian yang meningkatkan hasil dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nursyamimi Ahmad Ghazali, Kushairi Mohd Salleh, Nur Fathihah Jafri, Sarani Zakaria
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20656/
http://journalarticle.ukm.my/20656/1/24.pdf
Description
Summary:Sungkup ialah bahan yang dihamparkan pada permukaan tanah, digunakan secara khusus untuk pertanian. Penggunaan sungkup plastik (SP) dalam bidang pertanian masih berterusan di seluruh dunia sejak berpuluh tahun yang lalu. Ia merupakan teknologi penting dalam pertanian yang meningkatkan hasil dan kualiti tanaman dengan penggunaan input air yang rendah. Bahan SP telah dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu sungkup berasaskan petroleum dan sungkup berasaskan bahan semula jadi daripada sisa pertanian. Tanah tanpa sungkup mendorong kepada beberapa masalah seperti tanggalan zarah, adangan permukaan, kerakan dan padatan. Namun, penggunaan SP yang berlebihan dalam pertanian moden telah mengancam kelestarian keseluruhan ekosistem yang disebabkan oleh pengekalan sisa plastik pada persekitaran daratan dan akuatik. Oleh yang demikian, rantaian tanaman termasuklah tumbuhan, tanah dan air serta manusia juga terdedah kepada ancaman ini. Permasalahan ini telah mendorong kepada penghasilan sungkup plastik terbiodegradasi (SPB) seperti filem selulosa terjana semula (FSTS). Maka, ulasan kajian terhadap potensi SPB khususnya FSTS yang merangkumi fizikal, mekanikal, kimia dan sifat biodegradasi menjadi fokus utama dalam penulisan makalah ini.