Tahap pengetahuan, sikap dan penerimaan vaksin Covid-19 dalam kalangan mahasiswa
Vaksin SARS-CoV-2 telah diiktiraf secara meluas kerana peranannya dalam mengurangkan keseriusan dan kematian yang disebabkan oleh COVID‑19 dengan merangsang sistem imun badan agar boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19 telah mendorong banyak negara melaksanakan pelan pengedaran vaksin...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20569/ http://journalarticle.ukm.my/20569/1/494-Article%20Text-728-1-10-20220917.pdf |
| Summary: | Vaksin SARS-CoV-2 telah diiktiraf secara meluas kerana peranannya dalam
mengurangkan keseriusan dan kematian yang disebabkan oleh COVID‑19 dengan
merangsang sistem imun badan agar boleh bertindak balas terhadap jangkitan
COVID-19 telah mendorong banyak negara melaksanakan pelan pengedaran vaksin
secara berperingkat. Walau bagaimanapun, hanya sebanyak 79.05% daripada rakyat
Malaysia telah menerima vaksin setakat 13 Disember2021, manakala hanya kira-kira 83%
daripada 1.15 juta mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi(IPT) telah menerima dos lengkap
vaksin COVID-19 setakat 01 Oktober 2021. Oleh itu, kajianini bertujuan untuk melihat
sejauh mana tahap pengetahuan, sikap dan penerimaan vaksin COVID-19 dalam
kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian yang telah
dijalankan di UKM kampus induk Bangi ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu
dengan menjalankan sesi temu bual berbantukan komputer ke atas lima belas orang
mahasiswa. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan mahasiswa terhadap
vaksin COVID-19 adalah tinggi (48%) di mana mereka boleh menjelaskan dengan lebih
lanjut berkaitan vaksin tersebut. Mereka juga menunjukkan sikap yang positif (65%)
terhadap vaksin yang seterusnya diterjemahkan dalam tahap penerimaan yang tinggi
(89%). Dapatan kajian ini memainkan peranan penting dalam melihat tahap kesediaan
mahasiswa IPT untuk menerima vaksin COVID-19 di samping memberikan gambaran
mengenai sikap semasamereka terhadap usaha vaksinasi yang dijalankan oleh kerajaan
Malaysia. |
|---|