Pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN Peramu Jaya, Pekan, Pahang
Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun telah memberi tanggungjawab baru yang besar kepada belia di Malaysia. Hak mengundi ini telah membuka ruang bagi golongan ini untuk menilai, bersuara dan memilih bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Perkara ini turut mengukuhkan lagi peranan golong...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20566/ http://journalarticle.ukm.my/20566/1/491-Article%20Text-722-1-10-20220917.pdf |
| Summary: | Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun telah memberi tanggungjawab baru yang besar kepada belia di
Malaysia. Hak mengundi ini telah membuka ruang bagi golongan ini untuk menilai, bersuara dan memilih
bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Perkara ini turut mengukuhkan lagi peranan golongan
belia dalam menentukan dan membentuk masa depan negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan
kertas kerja ini untuk menganalisis pandangan belia terhadap isu sosioekonomi dan politik di kawasan DUN
Peramu Jaya, Pekan, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan soal selidik, temu bual, pemerhatian lapangan, kajian perpustakaan dan kajian atas talian. Data-data yang diperoleh
kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25. Hasil
kajian mendapati 68 peratus responden belia di kawasan kajian mengambil tahu mengenai isu sosioekonomi
dan politik. Seterusnya, 38 peratus responden menyatakan bahawa media merupakan faktor yang
mempengaruhi pandangan mereka dan 92 peratus responden bersetuju penggunaan media sosial seperti
Whatsapp, Facebook dan lain-lain menarik minat mereka untuk mengambil tahu isu sosioekonomi dan politik. Di samping itu, 78 peratus responden bersetuju bahawa pandangan mereka terhadap isu sosioekonomi dan
politik memberi kesan terhadap pilihan politik mereka. Kesimpulannya, kepentingan kajian ini dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan, data tambahan dan sebagai rujukan kepada pihak berkaitan mengenai
kelompok belia khususnya dalam bidang politik dan pilihan raya di Malaysia. |
|---|