Potensi Kota Tinggi sebagai bandar pelancongan warisan budaya dan sejarahserta kesannya terhadap ekonomi setempat di Kota Tinggi, Johor

Artikel ini bertujuan membincangkan potensi, mengkaji faktor yang mempengaruhi danmenganalisis kesan pembangunan sektor pelancongan berteraskan warisan budaya dan sejarah terhadap ekonomi setempat di Bandar Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor. Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang dipilih da...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Goh, Jet Yang, Mohd Azlan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia 2022
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/20564/
http://journalarticle.ukm.my/20564/1/489-Article%20Text-718-1-10-20220917.pdf
Description
Summary:Artikel ini bertujuan membincangkan potensi, mengkaji faktor yang mempengaruhi danmenganalisis kesan pembangunan sektor pelancongan berteraskan warisan budaya dan sejarah terhadap ekonomi setempat di Bandar Kota Tinggi, Kota Tinggi, Johor. Kajian ini melibatkan 100 orang responden yang dipilih daripada penduduk Bandar Kota Tinggi. Kajianini dilakukan secara kuantitatif berdasarkan borang soal selidik, pemerhatian, kajian kepustakaan dan laman sesawang. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa Bandar Kota Tinggi mempunyai banyak warisan budaya dan sejarah yangmelibatkan monumen, kesenian, makanan, reka bentuk bangunan tradisional dan sebagainya. Contoh monumen yang menarik untuk dikunjungi termasuklah tapak Makam Sultan Mahmud Shah, Muzium, Jambatan dan Menara Jam sebagai destinasi pelancongan yang berpotensi dan berdaya saing. Penduduk Bandar Kota Tinggi juga bersetuju faktor-faktor yang mempengaruhi pembangunan ekonomi bandar tempatan adalah seperti fasiliti kesihatanawam, tadbir urus bandar, persekitaran fizikal, guna tanah bandar dan partisipasi komuniti tempatan. Majoriti responden juga optimis terhadap perkembangan dan pembangunan ekonomi setempat di Bandar Kota Tinggi dari segi peningkatan taraf sosioekonomi, perkembangan peluang pekerjaan, kemudahan pengangkutan dan peningkatan imej Bandar Kota Tinggi. Gabungan faktor-faktor tersebut telah meningkatkan daya saing bandar dan penyertaan pihak berkuasa tempatan dalam mencapaikan konsep pembangunan bandarlestaridan pengurusan bandar secara dinamik dan sejahtera.