Kajian terhadap mahasiswa B40 di Universiti Kebangsaan Malaysia : tahap tekanan dan pengaruhnya terhadap prestasi akademik
Tekanan merupakan fitrah lazim yang boleh berlaku kepada setiap manusia, termasuklah mahasiswa universiti. Tekanan yang tidak dikawal dengan baik boleh mempengaruhi keseimbangan dalam kehidupan seseorang mahasiswa, termasuklah prestasi akademik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti...
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | English |
| Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2022
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20562/ http://journalarticle.ukm.my/20562/1/486-Article%20Text-708-1-10-20220917.pdf |
| Summary: | Tekanan merupakan fitrah lazim yang boleh berlaku kepada setiap manusia, termasuklah mahasiswa
universiti. Tekanan yang tidak dikawal dengan baik boleh mempengaruhi keseimbangan dalam
kehidupan seseorang mahasiswa, termasuklah prestasi akademik. Oleh itu, kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti tahap tekanan, faktor dan pengaruhnya terhadap prestasi akademik dalam
kalangan mahasiswa B40 di UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk tinjauan
secara kuantitatif. Seramai 302 orang mahasiswa B40 yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) telah dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah
dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan ujian regresi linear pelbagai. Analisis deskriptif
kajian menunjukkan bahawa majoriti responden menunjukkan tahap tekanan yang sederhana (67.2
peratus). Selain itu, ujian regresi pula mendapati bahawa aspek pembelajaran dan peribadi
menyumbang secara signifikan sebagai faktor tekanan iaitu sebanyak 17.5 peratus. Menariknya hasil
ujian ini juga mendapati, tekanan tidak mempengaruhi prestasi akademik mahasiswa B40 (nilai F =
0.581 dengan nilai signifikasi 0.446
b > 0.05). Hasil kajian diharap dapat memberi input kepada
beberapa pihak berkepentingan terutamanya pihak pengurusan tertinggi universiti, FSSK dan
Kementerian Pengajian Tinggi bagi meningkatkan usaha untuk mewujudkan pelbagai inisiatif dan
program yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan diri mahasiswa B40 secara menyelur |
|---|